Ticker

6/recent/ticker-posts

Blogger Ajak Boxing!


Disebabkan entri NI, ade sorang blogger yang mantop buat macarron ajak boxing!

Tu diaaaa...nak prepare ape ni? Ilmu pertahanan diri pun takde, bukan cam blogger kaki pukul tu, yang tu baru lahhh ada banyak ilmu.

Saya ni? Ilmu pendinding diri pun masih terkial-kial nak hadam...

Alia: Pendinding diri??? Ape tu Jeneral?

Eh, bila pulak muncul dak kecik ni...

Jeneral SSS.com: Pendinding diri ni maksudnya ape-ape yang boleh melindungi kita daripada anasir-anasir jahat yang akan memudaratkan. Terutamanya anasir dari syaitan dan makhluk halus.

Alia: Oooo...macam mana nak mendinding diri? Ape-ape je...guna dinding rumah boleh ke?

Jeneral SSS.com: Erk! (Ade jugak yang kene bom ni karang...) Dinding diri kita dari anasir jahat dengan meminta perlindungan dari Allah. Amalkan tadabbur al-Quran, sentiasa dalam wuduk, basahkan lidah dengan zikrullah, jangan tinggal solat...

Alia: Maksudnya, dekatkan diri kepada Allah lah kan Jeneral?

Jeneral SSS.com: Ha'ah...benar dan betul sekali (teknik menjawab rujuk SINI). Lagi satu...amalkan membaca ma'thurat pagi dan petang.

Alia: Ape tu???

Jeneral SSS.com: Ma'thurat ni himpunan zikir-zikir amalan Rasulullah s.a.w yang dikumpulkan dan disusun oleh asy-Syahid Imam Hassan al-Banna. Boleh dapatkan kat kedai-kedai buku agama.


Alia: Erm, nak gi belilahhh...ok Jeneral, terima kasih! Maaflah ganggu preparation berboxing kejap.

Jeneral SSS.com: Okeh, okeh...lupa pulak nak gi boxing. Ok lahhh... assalamualaikum!

Alia: All the best berboxing! Wa'alaikumussalam.

Eiks, meh la join boxing! Dengan sape? Dengan blogger NI...

Post a Comment

15 Comments

  1. btul tu kak Sunah!!

    dari Dia kita datang
    pada Dia kita kembali
    mengapa perlu berjumpa pawang?
    sedangkan Allah maha mengetahui..

    =)

    ReplyDelete
  2. manusia kan..hurmmm..pe2 pun, nk join boxing gk! :D

    ReplyDelete
  3. Salam. Dah lama tak baca al mathurat .. dulu dulu la .. time remaja ... seronok bebenor baca al mathurat masa malam jumaat .... sampaikan ada satu masa tu ... ada insan menangis sendirian ..

    ReplyDelete
  4. @hasrul hassan

    wa'alaikumussalam bro hasrul..

    menghayati ma'thurat pun boleh muhasabah diri kan...

    ReplyDelete
  5. bgus pendekatan mcm nie...maksud tersirat..

    ReplyDelete
  6. sume panggil kakak

    tue sangt ke sunah ni hehe

    alia..grrr main2 korg ni

    ReplyDelete
  7. erk? ada pulak nama kita sesat tue
    siap tak percaya klik nama sendiri
    hahhahahahhaahha

    emmm,lama tak baca lepas habis SPM
    kat asrama je. a'ah, ade gak menangis baca sebab sangat mendalam makna dia

    emmmmmm,nak baca balik!!! kak sunah jom

    ReplyDelete
  8. fuu yoooo.. men boxing, tapi isi mcm ajak boxing ngn antu je hehehe .... :D santai jew

    ReplyDelete
  9. best sis..

    jgn meminta pelindung pada yang bukan2 sudah..kan sis??

    ReplyDelete
  10. muahahahahaha... kita boxing stail Labu Labi-lahhhh... hik3... larikkkkkkkk!!

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com