Ticker

6/recent/ticker-posts

Blog Dengan Genre Dakwah Takkan Ke Mana...


Sentap ke dengan tajuk entri? Jangan sentap dulu...

Rasanya dah banyak kot baca kat blog lain, tapi saya nak kongsi jugak kat sini. Mungkin saja orang yang baca blog saya ni, tak baca blog-blog yang lain tu kan? Jadi, apa salahnya saya nak repeat apa orang lain duk sebut dalam entri diorang.

Blog dakwah takde ramai orang baca? Kalau masuk blog dakwah, entri panjang sikit terus tekan pangkah? Yeke?

Tak semua macam tu. Cuba tengok, blog Saifulislam.com, LangitIlahi, Just Another Coffe dan banyak lagi blog dakwah yang entri panjang berjela, tapi ramai je duk baca sampai habis. Tak komen? Takpelah, at least ada orang datang baca, ada silent reader. Blog dakwah ni kelebihan dia orang memang selalu carik kat google tentang agama. Tapi macam mana nak bagi blog dakwah tak tertinggal jauh ke belakang? Supaya boleh bergerak bersama-sama dengan blog lain? Buat kajian, kenapa blog-blog macam kat atas ni mendapat tempat dalam hati pembaca. Kenapa ramai orang suka? Entri dia macam mana? Cuba kaji yang tu...

Yesss, blogger blog dakwah menulis bukan kerana nama.

Betul! Kalau boleh, tinggalkan nama tu kat belakang. Tapi kena ingat, takde sape boleh menolak blog dia dikenali ramai bila dah orang selalu masuk. Mungkin ada yang salah faham tentang NAMA dan FEMES ni. Maksud saya di sini, adakah anda kenal Saiful Islam atau Ustaz Hasrizal? Hilal Asyraf? Dr. MAZA? Ustaz Pahrol Juoi? Dr. Faisal Tehrani? Ya, mereka ada nama...tapi pernahkah mereka meminta untuk mendapat nama? Mungkin tidak sesekali terlintas di hati mereka untuk nama mereka dikenali, tapi dengan nama yang dikenali kini mereka menyampaikan ilmu dan berdakwah kepada orang ramai. Di situ kelebihan mereka.

Dan sekarang, ramai je blogger blog campur-campur berusaha untuk selitkan unsur dakwah dalam entri mereka, alhamdulillah itu satu peningkatan yang baik, bukan?

Jadi, jangan pandang rendah pada blog sendiri, berusahalah untuk lebih maju...!

Quote dari seseorang: "menulis biar kerana Allah..memang, menulis pasal Islam, susah nak terkenal..tapi bukan itu yang dicari..kalau berdakwah hanya kerana nama, katakan padanya ia sia sia..Allah sangat membenci orang macam ni..

sungguh, Islam itu kan datang dalam keadaan asing, dan kembali jua dalam keadaan asing..no wonder lah sesiapa yang menyebarkan islam juga seorang yang terasing..."

MENULIS BUKAN KERANA NAMA...

Post a Comment

27 Comments

  1. Alhamdulillah. tak salah berkongsi ilmu agama dengan yang lain. even hadith nabi pun menggalakkan.

    "samapaikanlah walau sepotong ayat." (betulkan kalau salah)

    insyaALLAH. maju islam untuk semua. ;)

    kak sunah. jom baca;
    kenapa blogger tunjuk muka

    ReplyDelete
  2. Ada betul entri sunnah tu...jom singgah ke blog kak...macam bubur caca

    ReplyDelete
  3. suke je bace blog agama
    sebab diri ini jahil
    huuuuuuuuuuu

    ReplyDelete
  4. biasa jadik silent reader ..
    baca n kaji .. maklumlah , jahil sikit .. kena bnyak membaca kan.. :)

    ReplyDelete
  5. apa yg mereka lakukan bukan kerna nama.. tapi kerna pahala ... insyaallah blog sebegini pasti akan sentiasa mendapat tempat dihati pembaca...

    ReplyDelete
  6. @HAJAR hasan

    alhamdulillah..betul hadith tu...ade dalam entri sebelum ni..:)

    ReplyDelete
  7. @BaTu^NiSaN

    subhanallah..saya terkedu seketika membaca komen dari kamu...

    terima kasih datang ke blog...:)

    ReplyDelete
  8. salam wbt..

    try cek blog ni. angelwearsgucci.blogspot.com. sgt sempoi dan mengetuk jiwa. bila baca mmg kadang2 tu parah dan tertusuk sembilu.. dahlah penulis self-proclaimed bergaya. haha

    ReplyDelete
  9. mereka menulis kerana Allah..
    benar2 kerana Allah..

    tiada karat sedikitpun untuk dunia..tak terfikir mngenai folowers, mengenai nama, mengenai contest, mengenai ape2..yg mereka mahu hanya sembah dan pengibadatan melalui pnulisan kpd Allah..

    tulus betul2 kerana ingin memberi kepada ummat..

    :)

    ReplyDelete
  10. moga2 la.. tapi Nadh tgk blog kamu okeh ja.. :D rasa dia atas olahan kita tu kot.. kalau kita pandai amek ati pembaca.. mesti okeh kan.. ? :D

    ReplyDelete
  11. betul tue kak.. atq pun dalam proses memperbaiki penulisan atq ke aah yg lebih baik

    ReplyDelete
  12. @Anonymous

    wa'alaikumussalam wrt wbt.

    okehh..saya terjah sekarang..

    terima kasih datang ke blog...:)

    ReplyDelete
  13. orang yang menolak ilmu Allah adalah org yg rugi .. kita tak mampu memaksa mereka tapi kita dah membuka jalan untuk mereka ..niat kita ikhlas insyaAllah Allah permudahkan segalanya syg :)

    ReplyDelete
  14. tapi blog kak sunah ni saya suka... apa yg kak sunah nk smpaikan masuk dlm kepala.... tapi saya tak buat lagi...hehhehe...

    insyaAllah apa yang kak sunah nasihatkan sebelum2 ni, saya cube. :D

    mekasih kak sunah....

    ReplyDelete
  15. salam kak

    rasanya isu ni tak perlu ditulis kot..dah sedia maklum yang menulis perkara dakwah itu menulis dengan ikhlas,so tak kisah la sape nak bace,or tak..yang penting die dah berusaha untuk sebarkan ilmu Allah

    bimbang juga bile kite dapat pujian lebih kalo tang blog dakwah ni,sebabnya bimbang syaitan itu tusuk jarum riak dalam hati kite,susah kak..sungguh..yang asalnya pahala jadi dosa

    soal isu blog dakwah tertinggal di blkg,biarlah..asalkan di sisi Allah cukup tinggi nilainya

    ikhlas,itu yang di cari,bukan isu tertinggal ke ape :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com