Ticker

6/recent/ticker-posts

Tujuh Biji Batu...


Abang tu menunjukkan bungkusan kain putih sebesar genggaman tapak tangan. Kami semua yang berada di sekeliling tasik memerhati sambil menanti kata-kata yang akan keluar dari bibir abang tu.

"Dalam ni, ada tujuh biji batu. Aku nak korang carik tujuh biji batu ni sampai dapat," kata abang tu lalu mencampakkan bungkusan kain putih dalam tangannya ke arah tasik. Plouppp! Bungkusan kain putih tu hilang, tenggelam ke dasar tasik.

Kami terpinga-pinga. Tapi tak lama. Beberapa orang di kalangan kami terutamanya yang gagah-gagah perkasa masuk ke dalam air. Kami semua nampak bungkusan kain putih tu jatuh kat mana, tak jauh sangat dari tempat kami. Beberapa orang yang pertama tu berjaya menemui bungkusan kain tersebut. Terus saja mereka menghampiri abang tu dan menunjukkan bungkusan kain yang dah dijumpai.

"Nah..." salah seorang yang gagah perkasa menyerahkan bungkusan kain putih kepada abang tu. Abang tu menyambut bungkusan tersebut, diam seketika.

Tidak semena-mena, dia membaling semula bungkusan kain putih ke dalam tasik. Kali ini lebih jauh dari tadi. Kemudian, abang tu merenung yang gagah perkasa dan rakan-rakannya yang berjaya menemui bungkusan kain putih. Mereka faham, lalu terjun semula ke dalam tasik. Mencari, mencari, dan mencari. Nah! Jumpa lagi~ Senang kalau perhatikan betul-betul kat mana bungkusan kain putih jatuh. Perhati kena teliti!

Dibawa semula kepada abang tu. Tapi...seperti tadi, abang tu mencampakkan bungkusan kain putih tu ke dalam tasik semula. Erk! Kami semua yang memerhati semakin kebingungan. Ape yang abang tu nak sebenarnya? Yang lain seakan-akan berputus asa sudah...semua terduduk di gigi air. Penat tadi belum hilang, nak kena masuk lagi kali ketiga???

Saya...termasuk dalam mereka yang terpinga-pinga. Pelik, kenapa abang tu tak menerima bungkusan kain putih tersebut walaupun nyata mereka yang lain telah berjaya menjumpainya? Lama saya berfikir...mata saya masih memerhati tempat bungkusan kain putih tenggelam tadi...'mungkin dah beralih tempatnya sikit sebab kami tak segera terjun macam tadi...' terfikir juga benda ni. Kemudian...saya terfikir sesuatu...patutlah dia tak menerimanya.

Saya terjun ke dalam tasik. Kali ni saya seorang. Yang lain tak ikut sama. Saya cari bungkusan kain putih. Saya jumpa. Kemudian, saya buka ikatan bungkusan kain putih. Saya nampak tujuh biji batu yang dimaksudkan. Saya keluar dari tasik.

"Abang..." saya panggil abang tu dan menunjukkan bungkusan kain putih yang telah terbuka, terdedah tujuh biji batu.

"Ya, ini yang aku nak..." dia senyum.

***

Ini mimpi malam tadi, walaupun saya tak faham sangat apa tafsir tersirat di sebalik mimpi ni, tapi memang sangat bermakna apa yang tersurat. Kamu-kamu faham?

P/S: Abang tu...

Post a Comment

28 Comments

  1. sapakah abg itu?confiyus mak hehehhe

    ReplyDelete
  2. @Zue Cancer

    sila jangan konfius ye makkkk...hahaha~ mimpi tu memang ada makna yang sangat baik...cuba faham betul2..

    ReplyDelete
  3. kain putih yg org lain jumpa tu xde 7 bj batu itu kan...dorg hanya jumpa dan amik tanpa tgok isi dlm nyer....so apa pun bila kita jupe sesorg jgn terus tgok nilai dr sg luaran kita egt dah sama mcm kita anggap tp dlaman nyer kita tak tahu lagi..kecuali bila kita dah lama kenal nyer...gtu ke sunah madu ku

    ReplyDelete
  4. @aDisH.sHidA

    bungkusan kain putih yang orang lain jumpa tu, memang bungkusan tu..tapi depa tak bukak, dia nak tengok 7 biji batu..bukan tengok bungkusan tu...

    ntah kak, saya tak faham maksud tersirat dia sangat..tapi yang saya nampak, fahami soalan betul2...jangan terburu2..

    ReplyDelete
  5. kak sunnah ade kene mengena ngan pasangan ke?
    zue pon buntu sekarng ni...

    ReplyDelete
  6. erm...,

    hati ni akan menjadi suci kalau kita buang..lepas tu basuh..erk..

    hahah..tak tau.., =)

    ker sebab..ehem2

    ReplyDelete
  7. @Ujang9897

    hati??? hahaha~ menarik ang punye tafsiran..:D

    ehem2??

    ReplyDelete
  8. ABANG TU GATAI SEBENARNYA....
    DIA NAK ORG POMPUAN YANG AMIKKAN...
    DIA SUKA KAK SUNAH LA KOT....

    HAHAHAHAAHA

    ReplyDelete
  9. @putERi-kAtEk

    erk..tu dia tafsir mimpi dari katek..hahaha~

    ReplyDelete
  10. Ader orang yang berminat ngan kecantikan dalaman Cik Sunah ler tuh. Hehe...

    ReplyDelete
  11. betol... org tu nak tgk batu.. bukan bungkusan..

    cik pulau bukan ahli nujum la. kalau ahli nujum.. cik pulau dah tafsir dah.. haha

    ReplyDelete
  12. ade la beberape maksud die..
    tapi kalau paham sendiri2 jek boleh?

    ReplyDelete
  13. @APi

    alah, takleh...hahaha~ pssst..inbox2..hahaha~ takpun api wat puisi kerrr..nanti saya baca..bertambah2 lah tersirat...-_-"

    ReplyDelete
  14. salam sunah..cukup tak pandai tafsir mimpi...

    ReplyDelete
  15. sunah cam besar jer makna mimpi nie??? cuba tanya yang pakar

    ReplyDelete
  16. nak cube...
    abg tu nak kite berusaha cr yang tersirat..
    maknanya batu dalam tu..bkan bgkusan...
    Bungkusan tu tersirat..kite nmpak...

    tapi kalau batu tu tak..jd kite kene blaja memerhati..jgn terburu2 ambil kputusan...pk y tersurat dan trsirat jugak...

    erkk betol ke

    ReplyDelete
  17. @suri solehah

    wa'alaikumussalam kak suri~

    hehe..takpe..:)

    ReplyDelete
  18. @Isteri Yang Comel

    erk! besar ke kak? sape ek yang pakar..huhuhu..

    ReplyDelete
  19. @Miss Ran

    tu diaaaa...hahaha~ mana2 pun ok saje~

    ReplyDelete
  20. serius x faham =_=

    tp bc komen shida mcm logik gak..ngee~ =P

    ReplyDelete
  21. as salam..
    eh?
    ni macam syair arab.

    0_o?

    kamu ada baca syair arab?
    huhu..tak ingat. tapi ada disertakan sanadnya. kena cari.huhu..

    hm..

    kalau ikut syair tu,
    7 nya mewakili 7 perkara lazim sepanjang zaman.

    1.iman yang mengatasi nafsu.
    2.amal yang mengatasi akal.
    3.rajin yang mengatasi malas.
    4.niat yang mengatasi harapan.
    5.ilmu yang mengatasi kurang cerdik.
    6.kejujuran yang mengatasi kecurangan.

    dan..

    7.panduan-Nya yang mengatasi kejahilan kepada-Nya.

    no. 2 tu kurang pasti mengatasi apa. kena cari balik syair tu. huhu..

    =)

    kalau ikut mimpi kamu ni..hm..kamu lebih tau apa yang kamu fikirkan.

    ;)

    hm..elok buat solat istikharah. tu elok kan dalam bentuk usaha mencari jawapan.

    ReplyDelete
  22. jap. kalau tak silap. ilmu yang mengatasi kecerdikan.

    jap. nak mula mencari.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com