Ticker

6/recent/ticker-posts

Senjata Nuklear: Part II


Hari ni Kak Shida pi jumpa Jeneral SSS dot com lagi, next appointment nak borak-borak tentang teknologi nuklear ni. Sape belum baca Part I, klik SINI, ok?

Kak Shida: Ha...hari tu Jeneral kata ada keburukan teknologi nuklear ni...tang mana tu?

Jeneral: Hurm...untuk keburukan ni, kita akan fokuskan lebih kepada senjata nuklear, ye...

Kak Shida: O...ok, ok...macam mana yang boleh dikatakan sebagai senjata nuklear?

Jeneral: Senjata nuklear ni dapat tenaga dari tindak balas nuklear dan mempunyai kuasa pemusnah yang besar. Kalo nak tau, senjata nuklear baru dua kali saje digunakan kat dunia ni.

Kak Shida: Hah??? Baru dua kali je??? Ingatkan da banyak kali!

Jeneral: Yup, dua kali je. Masa Perang Dunia Kedua dulu, Amerika jatuhkan bom atom kat Hiroshima sekali, kat Nagasaki sekali. Dua-dua ni kat Jepun.

Kak Shida: O...dan sekarang, kisah reaktor nuklear Jepun meletup dek tsunami dan gempa bumi pulak. Hurm...

Jeneral: Ha'ah...tapi sebelum depa jatuhkan bom tu, depa ade buat satu projek ni. Nama dia Projek Manhattan, dari tahun 1942 hingga 1946. Bom dijatuhkan tahun 1945.

Kak Shida: Erhhh, Manhattan? Macam mana projek tu???

Jeneral: Ada kisah di sebaliknya. Einsten, kenal tak? Mesti kenal...ahli fizik mahsyur pada zamannya...dia yang bagi surat kat presiden Amerika masa tu, bagi amaran yang Nazi Jerman mungkin akan buat senjata nuklear.

Kak Shida: Ha??? Albert Einsten rupanya yang cetuskan ye...

Jeneral: Yup, dengan tu, tiga negara terlibat dalam projek ni...Amerika, UK, dan Kanada...depa buat research kat lebih 30 tempat, ade yang dirahsiakan, malah kat universiti-universiti sekitar tiga negara ni pun depa buat keje-keje selidik ni.

Kak Shida: O...nape leh jatuhkan bom atom kat Hiroshima ngan Nagasaki tu?

Jeneral: Jap, jap...sebelum tu kita tengok dulu mana negara-negara nuklear...meh tengok gambo ni...

Klik gambo nak bagi meletup

Kak Shida: Oh! Israel pun???

Jeneral: Yup, ni top 10...tapi still Israel tak ngaku jugak depa ade senjata nuklear ni...hurmmm....

Kak Shida: O...jadi leh sambung balik pasal Hiroshima ngan Nagasaki tadi?

Jeneral: Ish, baru nak geram-geram dengan Israel ni... Okie, depa jatuhkan bom atom tu sebab Jepun serang Pearl Harbor pada 7 Disember 1941. Bom yang pertama namanya Little Boy, yang kedua Fat Man...cuba klik SINI untuk tengok beza impak kedua-dua bom nuklear ni.

Kak Shida: Ouhhhhh... impak-impak ni...takde impak positif ke???

Jeneral: Senjata nuklear ni ade baiknya...tapi baik tu lebih kepada negara yang terlibat je lah. Boleh menguatkan pertahanan negara, di samping menjana ekonomi sesama negara nuklear jek...

Kak Shida: Negara nuklear macam kat atas tadi ke???

Jeneral: Eh, bukan...negara nuklear yang betul-betul diiktiraf, hanya ada lima je tau!

Kak Shida: Eh, lima je??? Negara mana tu?

Jeneral: Ha...tu sambung lain kali. Ade appointment lain pulak ni. Okie?

Kak Shida: Ooooo...ok, ok...terima kasih jeneral.

Lepas buat appointment akan datang, Kak Shida pun pergi carik kat google dulu lima negara nuklear tuuu...kot ade yang boleh dia tanya kat Jeneral SSS dot com untuk appointment seterusnya nanti, takde la kosong jek...haish...google kan lagi tau banyak benda....


ENTRI CAMBEST CIKALI~

Post a Comment

9 Comments

  1. hehe..best pulak...kui3x..tapi bukan madame curie dengan suaminya kan investigate pasal bnd letup2 ni dulu..

    madame curie, gadis bijak dari poland..eh..ye ke? haha.. ke dari negara lain?

    ReplyDelete
  2. terbaik dari sis sunah pagi ni..heheeee

    ReplyDelete
  3. @mr vampire

    tak tau pulak pasal ni..nanti belek2 balik..

    ReplyDelete
  4. thanks sunah...akak dh cerita ngan family akak..so dorg tanya dr sg perubatan...selepas wat sinar radiaktif knp xleh dkt dengan org ramai, ibu ngandung dan baby..kesan nyer apa yer

    ReplyDelete
  5. eh, ada nm madam curie la...french physicist n chemist yg terkenal sbb penemuan unsur polonium (ambk nama smpena tmpt dia jumpa bnda 2 kt poland)...1 benda yg sy br tau, mcm mn dia mati...sblm ni ingtkn sebab utama ialah kesan radiasi, sbb dia bnyk bt kajian ttg radioaktif...kt internet pn tulis mcm 2...tp dlm kls br sy tau, dia mati sbb accident kuda...bunyi mcm tak logik, tp lecturer sy yg bgtau ktorg...huhu...

    oh ye, ms bt praktikal kt jbtn prbtn nuklear kt hsptl putrajaya, patient yg bt PET-CT scan kt ctu mmg awl2 diingtkn spya xbwk org mengandung atau kanak2...lps kne inject ngn radioactive source 2, dorg kne kuarantin smpai la hbs prosedur scanning...kne tggu bhn radioaktif 2 mereput sepenuhnya sblm blh keluar jmpe fmly...sbb xnk radiasi yg kluar drpd bdn patient 2 tersebar...biasanya kslrhn prosedur ambk ms 3-4 jam...mkn bnyk ms kt scanning process sbb nk dpt image yg terbaik...

    kesan sinaran radioaktif ni ada pelbagai, depands on dose...tp plg teruk, blh maut la...maut serta-merta klu terdedah dgn dos yg sgt tinggi...cth, blh baca Chernobyl pny case report...kesan jangka pjg pn ada...cth, genetic effect, kanser kulit, tulang, paru2 dsbg...

    ReplyDelete
  6. OOOH THANKS ASMAH...ADIK AKAK DE WAT BULAN POSA TAHUN LEPAS....ITU YG TANYA

    ReplyDelete
  7. as salam..
    hm..fakta dalam projek manhattan tersilap sedikit. projek ni dah dimulakan pada pengghujung tahun 1941 dan masa ni ia turut bergabung dengan idea projek revishield untuk kapal anti radar. hasil penemuan anti radar melalui teknik pengaruhan ni la yang membuatkan albert eistein dan yang lain2 dpat idea untuk menghasilkan bom yang membunuh begitu banyak nyawa.

    entri yang menarik dalam bentuk penceritaan. bagus! teruskan usaha!

    ;)a

    ReplyDelete
  8. pengaruhan radiasi menggunakan generator di dalamnya. kan ganerator tu bermagnet

    =)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com