TOKYO 11 Mac - Beberapa loji tenaga nuklear dan penapis minyak di Jepun ditutup hari ini dan sebuah kilang utama keluli terbakar selepas gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter menggegarkan negara ini sehingga mencetuskan tsunami, merosakkan jalan dan memutuskan bekalan elektrik ke kediaman dan bangunan perniagaan.
Gergasi elektronik, Sony Corp, antara pengeksport terbesar di Jepun, menutup enam buah kilang, lapor agensi berita Kyodo, sementara jet tentera udara diterbangkan ke kawasan pantai di timur laut untuk meninjau tahap kerosakan akibat gempa bumi itu.
Bank of Japan yang telah bergelut untuk merangsang ekonomi yang lesu berjanji untuk berusaha sedaya upaya bagi memastikan kestabilan pasaran kewangan berikutan kejatuhan mata wang yen dan pasaran saham Jepun. Sambung SINI.
Gambar dari SINI |
GENEVA 11 Mac - Tsunami besar yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat di Jepun hari ini mencecah paras yang boleh menenggelamkan sesetengah pulau di kawasan Pasifik.
Negara membangun menghadapi risiko lebih besar daripada tsunami itu berbanding Jepun, meskipun kebanyakannya telah memantapkan sistem amaran awal dan pelan pemindahan sejak tsunami 2004, menurut Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) hari ini.
"Paling membimbangkan kami ialah rantau Asia Pasifik, di mana negara membangun jauh lebih terdedah kepada bencana seumpama ini dan tsunami itu menimbulkan ancaman besar.
"Buat masa ini parasnya lebih tinggi daripada sesetengah pulau dan pulau itu boleh tenggelam, satu senario yang tidak mahu dilihat oleh sesiapa pun," kata jurucakap IFRC, Paul Conneally di Geneva hari ini.
IFRC menggunakan sistem amaran awalnya di negara-negara Asia Pasifik hari ini dalam usaha untuk memindahkan penduduk ke kawasan selamat selepas amaran tsunami dikeluarkan. Sambung SINI pulak.
Jeneral SSS dot com kata:
Takutnya dengan bencana Allah. Teringat filem Tsunami in Japan, sama macam berita kedua tu, Jepun ditenggelamkan...naudzubillah. Ini bencana, ini malapetaka, ini ujian, ini petunjuk, gabungkan semuanya menjadi satu... Persiapkan diri kita dengan segala bekalan, kita tak tahu bila kita akan pergi, Allah tak bagi hint bila kita akan mati. Mati kita juga dengan pelbagai cara, hanya DIA yang tahu...
Biarpun ada macam-macam kata tentang tanda-tanda 100 hari sebelum kematian, takkan kita nak tunggu 100 hari sebelum mati untuk bersedia, bukan? 100 hari penuh dengan amalan kebaikan tak menjanjikan syafaat kat sana kelak...
-yang menaip ini pun akan diuji dengan kata-katanya...Allah...mungkin saja ini entri terakhir, hanya DIA yang tahu-
ENTRI CAMBEST TAKDE, INTERNET SLOW THE MLOW
29 Comments
smoga ALLAH mengasihi orang2 yang beriman~ amin
ReplyDeletethanks for this info..
ReplyDeletecewah!! nk ckp bi konon..huhu
kak,.. rasenyer, tsunami kt jepun mmg tinggi2 sumer nye..
ReplyDeletetp tuh r, nyawa r yg terkorban pon tinggi2 gak..
info bergune...ermmm...takutnye la hai...kite ptt bersyukur kalau duk kt melasie ni..tp org melasie... susahhhhh la sgt nk bersdyukur, kenape ek?
ReplyDeleteDahsyat betul!
ReplyDelete@senyumSOYA
ReplyDeleteameen...
@NadiRah
ReplyDeletetakpe, praktis2!
@shahsyaz
ReplyDeletehuhu...takut kan...:(
@farhaniza azman
ReplyDeletemereka tak bersdyukur..memang le..tapi mereka bersyukur...ops! :D
guro saje!
manusia, macam tu la...bukan setakat kat malaysia ni FL..kat tempat lain pun...
@logorithm
ReplyDeletetu la uncle!!! huhu...takot..
as salam..
ReplyDeletebetul tu sunah.
jika sudah terjadi seperti ini masih tak mengakui-Nya..
wallahu'alam..
hm..dalam al-Quran dah nyatakan..bencana akan bermula dari timur.. dan jepun memang berada ti timur..lengkap setiap paksi, tunggu tanda2 akhir..pasal dajjal dengan lokasi yakjuj tu, wallahu'alam..NASA mengatakan mereka menjumpai lokasi satu 'tamadun' jauh dalam jurang kerak bumi. dajjal pula, dikatakan sudah lahir dalam puak yahudi..wallahu'alam..
dan betul.keimanan seseorang tidak terletak kepada persiapan menunggu hari kita dijemput pulang..
terima kasih kepada-Nya atas sandaran kepada kamu.mengingatkan kita manusia khususnya umat Islam..
moga kita semua dilindungi-Nya dan hidup serta amal kita diredhai-Nya..
ameen..
=)
kak sun, dak2 KTC ad wat GOP ke Jepun..n mereka masih disana. Dr Yahya pun kat sane. Tp Alhamdulillah, semua selamat buat masa ni.
ReplyDeletemmg ada tanda2 100 hari sebelum kematian.. tapi adakah semua org akn mengetahui tanda2 itu? oleh itu renung2kan dn selamat beramal ^^.... Insya Allah dipermudahkan Amin...
ReplyDelete~sgt tkt melihat video nya..sekelip mata saja..semoga Allah mengasihi orang2 yg beriman..amin~
ReplyDeletesemoga urusan menyelamatkan mangsa2 tsunami ni dipermudahkan...
ReplyDeletesubhanallah..
ReplyDeletemaha suci Allah
sedih -_-
ReplyDeletesyukur rakyat kita selamat
ReplyDeletekembali kepada ALLAH..
ReplyDeletemungkin kita boleh rujuk lagu berita kepada kawan kenapa berlakunya bencana. aku petik sikit la lirik lagu dia..
ReplyDelete"Barangkali di sana
ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana
Mungkin Tuhan mulai bosan
Melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga
dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan
Bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada
Rumput yang bergoyang"
Kejadian bencana alam ni sebenarnya berpunca dari kita yang selalu membuat dosa-dosa.
Dunia Faris Adli
same2 lah kite amik iktibar dr kejadian ni..
ReplyDeleteyup,benar angah, mati kita bukan kerana Tsunami..bila-bila masa shaja Allah boleh panggil kita..xperlu tunggu sakit, tak perlu tunggu tua....
ReplyDeletetanda2 akhir zaman...takotnya
ReplyDeletekita hanya mampu merancang tp hanya DIA yg mengetahui segalanya.
ReplyDeleteBersedialah sentiasa, mempersiapkan diri,, ^_^
ReplyDeletehttp://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/03/sekuat-mana-cintamu.html
ReplyDeletegosip korang berdue
hurmm takut nye sygku :(
ReplyDeletesama2 kita amik iktibar diatas segala bencana yg telah berlaku..
ReplyDeletesunnah zue nak tye. template sunah pakai cantikla...amik kat mane ye?sebb suke tengok ade kotak2 line by line..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com