Kerana banyaknya permintaan, maka entri ini dikeluarkan.
Tiba-tiba masuk mode pertunangan pulak kan sekarang ni? Hurmmmm...ramai yang musykil, kenapa perlu dirahsikan pertunangan? Bukan ke kena bagitau orang ramai yang kita da bertunang supaya nanti takde lelaki lain masuk meminang?
Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa pertunangan itu sebaik-baiknya dirahsiakan...
Kalo direnung betul-betul, kamu-kamu akan nampak hikmah di sebaliknya. Pertunangan adalah satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.
Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.
Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri (sumber: Ummi Mona)
Dalam kes kita takut ada lelaki lain datang meminang, jika dia merisik dahulu keluarga perempuan, automatik dia akan tahu perempuan itu sudah diikat dengan orang lain. Dan adalah haram bagi lelaki untuk meminang perempuan yang menjadi tunangan orang lain...
Sebenarnya da ramai di kalangan senior saya mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah mereka mengkhabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu...qada' dan qadar Allah...hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu...
Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai. Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru. Macam Ujang dan Kak Yana, da nak kawen da...:D
Lebih banyak lagi tentang pertunangan dan perkahwinan serta kefahaman mengenai baitul muslim boleh didapati di SINI.
P/S: Lepas ni, takde merajuk-merajuk lagi, ok? Doakan yang terbaik untuk semua...
40 Comments
merahsiakan tuh sbb xnak kasi org len tau kot...ntah² nak pasang yg len ke..x bek tauu sapa yg wat lagu tuhh...erkkk...akak dah berpunya...hehehehe...<- ayat ntah apa²...
ReplyDeletebtol jgk ek..stuju ngn sis..btunang tu ibarat tiket nk pegi kawen je..klu buat meriah2 bzr duit..pastu ble da putus mula la org nk mengata
ReplyDelete@Eza Ridzwan
ReplyDeleteeh, awak baca tak entri kat atas? :)
Kawin je terus...he he he
ReplyDeleteok..x majuk dah.sis doakan sunah bahagia...tp gmbr nikah nak tgk gak ye nnt?
ReplyDelete@hanim azhari
ReplyDeleteyup, kat situla sebenarnya hikmah pertunangan perlu dirahsiakan..bagi menjaga maruah kedu-dua pihak..tapi kita minta pada Allah agar dijauhkan dari pembatalan pertunangan ni..
ade lagi yang lain tentang hukum memutuskan pertunangan...
@Pembawa_Wacana
ReplyDeletehaaaa...ahse pun kene kongsi!! hehehe...
@Lydia Miza(Aidyl Azim)
ReplyDeletehehehe...tak majuk da kan? :D insya'Allah..eh, nape saya je kene ni? kak shida, qaseh, sume pon kene gak!! :p
betol tu...sy dah bertunang..eh...sje je..heheeh
ReplyDelete@Farhana Sahri
ReplyDeleteHEHEHE..
MJ dulu masa bertunang memang tak heboh2.. Hanya keluarga dan kenalan rapat je yg tak tau..
ReplyDeleteTup2 smpai kad kawen dari MJ, mau terkejut abes semua.. :)
setuju dengan sunah.=)
ReplyDeletesememangnya pertunangan itu harus dirahsiakan dr perkhabaran umum.cukup sekadar dua belah pihak yang ketahui.jangan tiru budaya artis dimana pertunangan dihebohkan.bertunang hanyalah satu tiket (namun bukan tiket sah untuk keluar berdua-duaan)ke arah perhubungan yang lebih serius.
~semoga sunah selamat melangsungkan hari bahagia~<3<3<3
kalau nk terus kawen boleh.?
ReplyDeletetrend zaman sekarang nie bertunang dah serupa macam kenduri kawen... siap buat event kt FB dan invite kengkawan semua...
ReplyDeletedan2 tak majuk dah ngn akak sunah :) yea itu efa sokong gak :)
ReplyDelete@Myra Jay
ReplyDeleteOUH, I LOIKEEEE~~ ;)
entry ni betul.... sokong... kadang2 apa yang kita baca kat mna2 kawasan yang sewaktu dngan nya perlu kita selidik dulu betul ka tak.. cari la sesuai untuk ditnya.. orang yang berilmu bukan yang kurang berilmu...
ReplyDelete@tarijemariatul
ReplyDeleteAMEEN...
@forever love
ReplyDeleteBOLEH SAJA~ ASALKAN ADA CALON YANG DIYAKINI AGAMA DAN PERIBADINYA...
@solo molo
ReplyDeleteERM.....
KERANA TIADA SIAPA YANG MENYAMPAIKAN...
@efa
ReplyDeleteOKIE...HEHEHEH..
@~nsar~
ReplyDelete:)
yup pertunangan tak perlu di perbesarkan sekadar ahli keluarga dah memadai .. tapi perkahwinan sebaiknya di war2kan ~ :)
ReplyDeletekalau kawen trus... tak yah tunang2 boleh????? hehehehe
ReplyDeletekak sunnh syg....mmg org cakap...
ReplyDeleteraseakan pertunagan
sebarkan perkahwinan :)
tak semstinye yang bertunng itu akan kekal. sebb still lagi dalam keadaan haram utk bersama
yup. mmg tak slh nk beritahu org tapi, tak perlulah satu rakan fesbuk kena tahu hehe. tujuan bgtahu sbb mcm sunah ckp tu la supaya xdisunting oleh org lain. sbb xbgtahu kerana bimbang pertunagan putus di tgh jln. jadi satu hal jugak nk bgtahu org kan. Tapi xkn lah kwn terdekat or sedara mare pn nk berahsia... atoiiii...
ReplyDeleteops.. terlebey sudah... heee
kwn akk rahsiakn pertunangan dia selama 2thn dgn best fren dia.tp ak da tau dei bertunang sbb die g cite kt roomate akk..mase die ingtkn akk da tdo.tp akk x tdo lg.akk x sng tido so akk trus bgun terkam die.hehe..
ReplyDeletebiarlah rahsia....hehe
ReplyDeletetrase i..ade baiknya rasiekan,..hurm
ReplyDeletesetuju dengan sunnah. baru je tunang. bukan nikah. bahasa mudahnya belum pasti lagi kan?
ReplyDeleteMohon kat sunnah sebarkan link ni
http://farisadli.via.my/2011/03/28/amaran-kepada-blogger-blogspot/
ni yang rasa nk kawen nih!!! hahahha
ReplyDeletejom baca dan komen ! !shahjiehan [dot] com ! !: Emak marah anak bertudung?
nk kawen bukan senang.. huhuhu
sabar je la
la...sunah dah bertunang ke....akak baru tau..ketinggalan sungguh akak ni..hehehe
ReplyDeleteapa2 pun mmg akak setuju...bertunang tak perlu dihebohkan...jd akak faham klu sunah berahsia...
tp kahwin nnt jgn lupa jemput tau
Yezza.. bertunang itu perlu dirahsiakan.. ramai yg tak tahu sebenarnya.. tp.. ada yg salah konsep.. merahsiakan bukan bermaksud sampai tahap menipu.. ada yg sanggup menafikan pertunangan.. itulah yg salah..
ReplyDeletebila ditanya "Ish, bila masa betunang", "tiadalah bertunang".. hakikatnya.. kalau dah orang tnya, kita jawab benda benar.. kalau dah orang tahu, nak wat mcm mna.. hehe..
Entri Lelatest
Aurat Wanita : Kelebihan Kesihatan Dan Psikologi
@DeQdEq
ReplyDeleteeiks, akak...akak tak ketinggalan ok...saya tak bertunang lagi lah...adoiiiii...napekah sume orang fikir saya da bertunang???
sunah: yang aku suruh tukar tu bukan apa yang pengunjung nampak. kalau kita tukar kepada none pun pengunjung blog kita still boleh baca overall apa yang kita post.
ReplyDeleteFeed atau rss ni maacam pemberitahuanlah. kalau kita ambil feed atau rss blog orang lain, nanti bila orang tu update blog dia, kita akan tahu yg dia dah update blog dia melalui feed atau rss ni..
jangan publish komen ni..ni kan spam
KAK SUNNAH kelaka la entry ady budika hahha.....terase tak pakai..oo...baju siaz m eh?hehe
ReplyDelete@Zue Cancer
ReplyDeletehahahahaha! no komen!
waaaaaaaaaaaaaah..ada apa2 yg akak ketinggalan ke nie madu ku sunah..kenapa ada nama akak dalam komen nie...tetapi memang betul pun pertunangkan xperlu diwar2kan..hanya memadai ahli keluarga dan org terdekat...apa yang penting masa majlis AKAD NIKAH perlu ada walimatul urus nya utk hebohkan kepada msykt setempat bahawa anak dara dan anak teruna ini dah nikah supaya tidak menimbulkan perkara2 yg tidak diingini di mata pandangan masykrt...teregat plak bab nikah dalam silibus pendidikan islam tingkatan 5
ReplyDeletesalam,.:)
ReplyDeleteoo,bru tau pertunangan seharusnya dirhsiakan,.hurrmm,pasni nk rasie2 la,.tp kang jiran bakang umah tau,nape tu rmai2 kt umh CN,.haha~
ada antara kawan2 yg terkejut bila dgr dari mulut kawan laen yg me dah bertunang...dan ada antara mereka terasa hati sebab tidak diberitahu... huhuhuhu...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com