TRIPOLI 2 Mac - Kapal perang Amerika Syarikat (AS) menyeberangi Terusan Suez untuk ke Libya hari ini ketika negara-negara Barat mengenakan tekanan ke atas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi supaya beliau menghentikan kekejaman serta meletak jawatan.
AS berkata, Libya boleh berhadapan perang saudara melainkan Gaddafi menamatkan pemerintahan selama empat dekad di tengah-tengah kebimbangan pemberontakan yang berlaku itu boleh mengakibatkan krisis kemanusiaan.
Selain kedegilan pemimpin Libya itu, anak lelakinya, Saif al-Islam memberi amaran kepada Barat dengan berkata, bapanya tidak akan melepaskan kuasa atau lari ke luar negara walaupun jika sebarang tindakan ketenteraan dilancarkan.
Di seluruh Libya, pemimpin puak, para pegawai, pegawai tentera dan unit-unit tentera yang berpaling tadah menyokong pemberontak berkata, perjuangan mereka kini lebih tersusun.
"Kami akan terus meningkatkan tekanan ke atas Gaddafi sehingga beliau meletak jawatan, membenarkan rakyat Libya menyatakan kebebasan bersuara dan menentukan masa depan mereka sendiri," kata duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Susan Rice kepada rancangan ABC, Good Morning America. Selebihnya kat SINI.
Muammar Gaddafi |
DULU Mesir, tak lama lagi Libya...? Negara-negara Islam ni akhir-akhir ni da semakin menajamkan taring. Lecturer Isu Global saya kata, kebangkitan negara-negara Islam ni tak mustahil akan menimbulkan rasa cemas pada negara-negara Barat terutama Amerika Syarikat. Hurm...depa cucuk lagi, cucuk lagi...:p Ops, jap-jap...baca yang ni pulak...
TRIPOLI - Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi semalam memberi amaran keras kepada Barat agar tidak campur tangan dengan menyokong penentangan terhadapnya.
Pemimpin berkenaan menyatakan ribuan orang akan mati jika Barat mencampuri urusan negara tersebut dengan membantu gerakan penentang terhadap pemerintahannya.
Ucapannya itu dibuat pada satu majlis bagi memperingati gerakan rakyat di sini semalam.
Beliau membuat ucapan selepas askar-askar yang setia kepada Gaddafi bertempur dengan para penentang pemerintahannya di bandar Brega, timur Libya. Selebihnya kat SINI.
Erm...kita lihat ye apa yang akan berlaku lepas ni...
6 Comments
emm revousi di Libya lak pasni
ReplyDelete@Achu
ReplyDeleteerm..mungkin jugak tu..awalnye achu komen...:D
saya setuju dengan apa lecturer akak ckp....kebangkitan Islam bermula...
ReplyDelete@FasiHaH SupiaN
ReplyDeleteyup...ia sedang bermula...jaga-jagalah...
1924 M - 2011 M, Malapetaka 87 Tahun Keruntuhan Khilafah
ReplyDeleteNegara Islam adalah Daulah Khilafah yang dipimpin oleh seorang Khalifah telah runtuh pada tahun 1924.
Lihatlah Blog Ar Rayah World News
http://ibnuyassir.blogspot.com/
Untuk mengetahui perkembangan terkini kebangkitan KHILAFAH.
@abu idris
ReplyDeleteterima kasih! :)
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com