Letupan peluru dan mortar kedengaran bertalu-talu. Kota Palsedon bergegar lagi untuk ke berapa kalinya hari itu. Sejak seminggu lepas, tentera-tentera Isruli di bawah arahan Presiden Azfur membuat kacau-bilau di pinggir Kota Palsedon.
Di sebuah rumah kecil di hujung kota…
“Ibu, Luqluq harap ibu merestui Luqluq.” Luqluq menggenggam tangan ibunya. Sejuk. Dia tahu, ibunya serba-salah.
Sebulan lalu ayahnya, Abu Budika telah syahid. Tentera-tentera Isruli menyerang kerana penduduk di pinggir Kota Palsedon berdegil mahu menyerahkan tanah mereka kepada Isruli. Ayahnya antara pejuang-pejuang yang telah menyahut seruan jihad. Abu Budika syahid ketika mahu menghalang dua orang tentera Isruli membelasah seorang penduduk yang mempertahankan rumahnya daripada diruntuhkan.
“Ibu, Luqluq tahu ibu risaukan Luqluq. Ibu risau jika sesuatu berlaku kepada Luqluq. Ibu takut Luqluq akan pergi seperti ayah…”
Ummu Qaseyh menahan air mata yang hampir menitis. Mustahil anak perempuannya ini tidak tahu, sungguh benar apa yang diperkatakan olehnya.
“Ibu, sesungguhnya sekarang ini Kota Palsedon memerlukan Luqluq. Kota ini mesti dipertahankan…”
“Tetapi, bukankah mereka yang lain sudah berada di medan jihad? Dan kamu seorang perempuan, Luqluq…”
“Ibu, Allah mahu kita menggunakan segala kekuatan yang kita ada untuk menentang musuh. Benar Luqluq seorang perempuan, tetapi srikandi-srikandi silam juga telah banyak menyumbang kepada kita hari ini. Jika ditakdirkan Luqluq syahid di sana, Azidilla dan Azirulhaz masih berada di sini bersama ibu…” Luqluq nekad. Kedua-dua adik kembarnya dipandang sekilas.
“Luqluq…” suara Ummu Qaseyh lemah.
Ummu Qaseyh mengangkat wajah apabila Luqluq menyebut nama menantunya. Menantunya telah bergerak lebih awal ke medan jihad, dan mereka sama-sama merelakannya. Hari ini…Luqluq akan menyusul suaminya.
***
Afnan bersembunyi di belakang tembok lama yang sudah hampir runtuh. Rakannya, Zarin sudah parah. Kaki kirinya dimakan peluru tentera Isruli. Kini perlu bergerak sendiri. Segera dia mengorak langkah, terhendap-hendap sepanjang tembok lama itu.
Di hujung jalan sana kelihatan tiga orang askar Isruli sedang menghendap juga sepertinya. Afnan mengangkat M-16, menetapkan sasarannya. Salah seorang askar Isruli itu kelihatan sedang lalai. Afnan menarik picu M-16.
***
“Argggghhhh!” Fredley menjerit kesakitan. Seorang penghendap telah menembak tepat ke dadanya. Iquebal dan Arereff terkejut. Bagaimana boleh terlepas pandang! Mereka terus melilau-lilau ke sekeliling sambil bersembunyi di belakang tong sampah besar berhampiran.
Satu lagi peluru dilepaskan, tetapi tidak mengena.
“What the fish! Siap kau!” Iquebal membalas tembakan dengan bertalu-talu. Sejurus kawasan itu menjadi hingar dengan bunyi tembakan. Arereff membuat laporan kepada ketua pasukan, Ahsey. Ahsey berang. Dikerahkan lebih ramai tentera Isruli ke kawasan tersebut.
***
Luqluq nampak kelibat Afnan dari jauh. Dia juga nampak Zarin yang terbaring lemah tidak berdaya tidak jauh dari tempat Afnan. Afnan kelihatan sedang asyik mengintai dua orang tentera Isruli di hujung jalan. Hati Luqluq kurang enak, seakan-akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku.
***
“Apa? Berani budak tu buat onar!” Presiden Azfur menghempas meja. Ahsey tersenyum sinis kerana berjaya membuatkan Presiden Azfur naik angin. Memang ini yang ditunggu-tunggu olehnya.
“Saya dah hantar lebih ramai tentera ke sana. Mungkin di sini kita akan gunakan senjata itu.” Ahsey mencucuk.
“Hurm…bagus. Teruskan.” Presiden Azfur memeluk tubuh. Bilik pejabat itu terasa hangat walaupun penghawa dingin telah dipasang.
***
Afnan melihat dua orang tentera Isruli di hadapannya sudah berhenti menembak. Tidak pasti kenapa. Namun, seperti ada sesuatu yang sedang dirancang. Dia pasti yang itu. Afnan tidak mahu membiarkan perkara yang dirancangkan terjadi, dia perlu menghentikan saat ini juga. Dia bergerak ke hadapan sedikit.
***
***
Luqluq tersentak. Dia nampak sesuatu. Dia tidak boleh membiarkannya. Mereka sudah mendekat, suaminya langsung tidak sedar. Luqluq meluru ke arah suaminya sambil terhendap-hendap.
***
Booommmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!
Dalam sekelip mata, kawasan itu menjadi berbahang. Asap berkepul-kepul di udara. Afnan terkejut. Dia tidak pasti apa yang telah berlaku. Namun dia nampak sesuatu di hadapannya. Sesusuk tubuh terbaring, menggelupur. Jantung Afnan bagai disentap.
Setakat tu je yang mampu saya buat...kena potong banyak sangat scene...kalau tak, nanti jadi filem berjam-jam... Moga ada manfaat. Terima kasih kepada pelakon-pelakon...:)
P/S: Luqluq dalam bahasa Arab bermaksud mutiara...;)
ENTRI CAMBEST SAPE KALI NI? JOM TERJAH!
59 Comments
kreatif sungguh la sunah ni..ada bakat jad penulis novel ni..
ReplyDeleteluq luq!!! payah betul nk sebut nama dia...hahahaaha
ReplyDeleteBagus. karya ini saya rasa boleh jual ni
ReplyDeleteberapa anda nak? saya bayau ;p
mantap la sunah...terbaikkk...
ReplyDeletewaaah..xdapat nak bayangkan if betol2 berada dlam situasi tu..thanks sb amik iqbal jadi pelakon =d
ReplyDeletesunah yang bagus....semoga maju jaya.
ReplyDeletewaaa kak sunah,,, gud la kak sunah..=) akhirnya,, join jugak..=) eh entri cam best tu macam kenal je..hahahaha
ReplyDelete@lyn_linna
ReplyDeleteops, dulu memang de wat novel..tapi tak siap2..;p
@putERi-kAtEk
ReplyDeletesenang jek..mutiara sudeyh...:p
@z a k w a n
ReplyDeleteerk, betul nak beli? hahaha~~
@Fiqas
ReplyDeleteterima kasih fiqas..:)
@iqbalhakimi
ReplyDeletekalau betul2, moga dipermudahkan..:)
@eddi
ReplyDeleteterima kasih...:)
Hahahaha..
ReplyDeleteApe kata baca sini pulak sunah..
Entry Terbaru: Tuan Direktor! Pilih Kasih Eh!!
kreatif la sunah ni...akak dh ketinggalan segmen abg ben ni....tak dpt la nk join...
ReplyDeletejadi baca la cerita2 menarik korang yang join segmen abg ben nih...
@d_tieah
ReplyDeleteerk..lawak ke sayang? huhu...
da baca tadi..hehehe..
@DeQdEq
ReplyDeletehehe..bace kak, bace..:p
@~...AmALinA....~
ReplyDeletefikir punye fikir dari tadi..huhu...alhamdulillah terhasil gak..
err..sila jangan terjah ok? hahaha!
hahha,bestnye dapat jadi pelakon
ReplyDeletetertinggal segmen abang ben
em,terjah je bace :)
nway,best..
@bun
ReplyDeletejoin jek bun!
salam ukhwah.
ReplyDeletethnx singgah tmpat naz....
btw, cerita sunah agak kretif, rasanya belum lagi terbca drama yg mcm ni kt segmen abg ben tu :)
good job sunah :)
huwaaaaaaaaaaaaaaa..bini aku kena bom.....:(
ReplyDelete@Syarifah Nornazrah Al Yahya
ReplyDeletesalam ukhwah sayang~
terima kasih..moga ada manfaat..:)
@niq
ReplyDeletehish! hero lambat sangat, tu yang heroin mati tu...:p
very the creative.. memang pandai susun ayat r..
ReplyDeleteJemput ke:ALL IN ONE
best best.
@nur
ReplyDeleteterima kasih nur~ :)
aku terbayang aku dah macam dalam citer Valkyrie dah nih...he he he
ReplyDeleteYa Allah..besar sungguh pengorbanan seorang srikandi yang pasti dijamin syurga..
ReplyDeleteWeehuu ~ Nice2.. Thumbs up ^_^
ReplyDeleteSyahidnya seorang srikandi.. Pergh ~ Kalau dapat bini macam ni.. haha..
Maaf sunah..
ReplyDeleteIngatkan lelaki tadi..
Adoiiiii..
subahanallah..
ReplyDeleteAlong a.k.a mutiara a.k.a luqluq syahid,, :'(
Doa-doa moga sampai lah hajat along tu :) amin ya Rabb~
erk, suami a.k.a zauj along tu saper?ahah~
hero x sempat jadi superman la..hahahhaa...:P
ReplyDeleteehh..potong stim btol iklan ni.!!
ReplyDeletecerita yang mnarik..walaupun ana di beri sampingan...cerita yang ada kontra di situ..enti bleh pergi jauh..teruskan usaha
ReplyDeleteboleh jafi pengarah n berlakon ni..hehee
ReplyDeletewahh..best la..
ReplyDeletekreatif..hehe..^^,
best cerita ni.ada bakat jadi penulis novel.. =)
ReplyDelete@Pembawa_Wacana
ReplyDeleteops, sila bayangkan lagi...hahaha~
@waveX
ReplyDelete:)
@Aretikz
ReplyDeletemoga aretikz dapat...ameen..
@d_tieah
ReplyDeletehehe..sikpa deng..;) kamek on jak berlakon mana2 jantina..hahaha~
@Mutiara Bernilai
ReplyDeleteameen ya Rabb...
zauj along tu yang komen bawah along tu..hahaha~
@niq
ReplyDeletetakmo la jadi superman~ nak jadi pahlawan berkuda..ekeke..
@Nurul Afifah
ReplyDeletehahaha! kat tv kan selalu macam tu...:p
@Ana Muslim
ReplyDelete:)
insya'Allah..
@Farhana Sahri
ReplyDeletehehe..leh ganti anak yusof haslam tak? ops..
@cik pulau
ReplyDeletetime kasih sayang~
@:: Little Kouru::
ReplyDeleteameen...:)
hensem tak presidet tu...=)
ReplyDeletedah edit la..link sunah dah letak..
@Ujang9897
ReplyDeleteang rasa ang encem tak?
tetiba teringat seseorang bernama Lukluk Baidoa ... erm
ReplyDeleteJom tengok cite ni pulak k
ReplyDeletehttp://diarialeesya.blogspot.com/2011/02/tuan-direktor-pilih-kasih-eh.html
Nice Stories...keep it up :)
ReplyDeleteFrom
Blogger Mania
www.hafeez.my
www.mybajuonline.com
@Son Of Rubiah
ReplyDeletedia sahabat saya di dunia maya dan pernah jumpa sekali dulu...:) siap de lagi entry sal dia..hehehe
@Mamaleesya
ReplyDeleteorait..da jenguk tadi~ ;)
@Blooger Maniac
ReplyDeletethanks!
sedeyh lah cite sunah ni huk2 ..luqluq anakku haha
ReplyDelete@Qaseh dalia adelia
ReplyDeletehaha..pi tengok sambung die kat blog luqluq tu..
utk puaskan ati ai
ReplyDeleteai komen jugak walau da lame errr
luq2..cinte dlm perang jugak
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com