Ticker

6/recent/ticker-posts

Saya Suka Dia...


Saya terharu membacanya. Saya boleh rasa entri itu sampai menusuk ke dalam hati saya. Memang benar seperti yang dikata. Saya boleh rasakannya.

Saya nampak dia dalam entry Enchek Ben tidak lama dulu. Saya komen di situ.

Saya nampak dia dalam Sahabat Blogger (SB) di Facebook. Saya teruja dan saya komen di situ.

Saya nampak link dia, saya baca dan saya suka. Saya komen di situ.

Saya pernah bagitahu sesuatu pada dia. Dan sekarang saya mahu berkongsi dengan anda tentang sesuatu itu.

Dia adalah antara mereka yang terawal memperkenalkan saya kepada istilah 'blogwalking'. Ketika itu saya membuka blog yang sudah begitu lama bersawang. Saya nampak dia dengan kata-kata 'b l o g w a l k i n g' di chatbox saya...Saya memang tak faham. Saya tak tahu apa maksud istilah itu. Saya tak jejak balik, saya reply di chatbox saya sendiri. Kerana saya tidak tahu.

Semakin lama, semakin ramai yang guna perkataan itu. Semakin lama, semakin banyak benda baru yang saya nampak dalam dunia blog. Blog bukan sekadar diari peribadi atau tempat mengarang kisah sepanjang 5 muka surat, tetapi dunia blog ada macam-macam perkara. Saya sudah menjadi sebahagian dari mereka? Sudah jadi yang biasa-biasa? Saya tidak kisah kamu-kamu nak cakap apa. Kerana saya ada matlamat saya sendiri dalam berblog. Dan saya akan capai matlamat itu dengan sokongan sahabat-sahabat saya, terima kasih untuk mereka.

Hari ini, saya nampak dia lagi. Saya kagum dengan dia. Terima kasih kepada dia yang menjadi antara pemula kepada saya yang sekarang ini. Moga Allah memberikan dia balasan yang setimpal dengan apa yang dia usahakan.

Siapa dia?

Dia Kak Anastasyea....kamu tentu kenal.

Terima kasih kak untuk ini!

Entri yang dimaksudkan adalah yang terpilih menjadi ENTRI CAMBEST di bawah.


ENTRI CAMBEST SIAPA KALI NI? JOM TERJAH!



Post a Comment

31 Comments

  1. sape eh?
    tak kenal.

    *hahaha. jeles gila tengok blog ni. sumpah lawa! :)

    ReplyDelete
  2. mekaseh sbb suka sy
    euww,malu la cmni~
    hahaha

    ReplyDelete
  3. nak g terjh blog akak ni jugaklah

    ReplyDelete
  4. eh sape ek??nk kena terjah blog akak tuuu

    ReplyDelete
  5. @Mr. Swift

    tak kenal? takpe, gi terjah~ :p

    blog swift pon lawa gak~ ;)

    ReplyDelete
  6. bertuah betul tuan nye page tu.. =) dapat review dari cik sunah..

    ReplyDelete
  7. @kay_are

    oh, saya rasa saya lebih bertuah kerana menemui dia...:)

    ReplyDelete
  8. sgt kenal... dia masa trex mula2 blogging dulu.. sgt aktif okay BW.... slalu sgt tngal jejak kat BW.. tp skang dh x nmpk maybe since trex dh stop jap bloging dulu.. heheheheh...

    ReplyDelete
  9. owh...kak ana...
    kenai2...

    just kenai2 dlm blog jer...

    ReplyDelete
  10. ana tu pakai unifi ker?sgt byk kot die BW.hahaha

    ang ni sunah da boleh jadi puan ben ashaari da. mantop2

    ReplyDelete
  11. @athirah

    hehe..kan, kan, kan?

    tak..dia benti blogwalking sebab ade orang cakap dia guna autoblogwalking tu..padahal dia tak guna pun..jadi sekang dia tinggal jejak kat komen je..:)

    ReplyDelete
  12. @nazirulhazwan~

    haha! mana la tau Ir~

    adoh...statement bahaya ni! :D

    ReplyDelete
  13. kenal dengan anastasyea ni, sebab follow belog dia :)

    *tahniah sunah :)

    ReplyDelete
  14. Anastasyea ramai yang kenal..saya punnn...apa2 pun, suker sangat ngan header blog nie..cantik

    ReplyDelete
  15. serius suspen bc smpi abes..br ingt nk soh join segmen broframestone psl bercinta dgn blogger tuh..kehkehkeh~ =P

    ReplyDelete
  16. @YanaMIB

    haha! takde maknenye...:p sume da bagi jawapan yang betul2...:D

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com