"Achuuummmmm!!!!" Dia terbersin lagi. Hidung rasa tersumbat.
"Tak makan ubat?" tanya sahabat yang datang. Dia geleng.
"Panadol jek..."
"Adoi...macam mana nak baik ni?" sahabat mula berleter dah...
***
"Esok nak gi klinik tak?" tanya cik housemate.
"Erm...tengoklah kalau pagi esok tak ok lagi..."
"Pagi-pagi, gerentilah tak ok!"
"Ntah, tu ubat ade tu...telan lah," cik housemate sorang lagi berleter.
"Tak, selsema dia ni kira teruk gak ni." Cik housemate yang mula-mula tadi cakap.
"Dah berapa kali masuk toilet dah ni...huhuhu."
***
Anda selsema? Kenapa boleh selsema? Sebab sekarang selalu banjir eh? Bukan, takde kaitan! Sebab hujan lerr...sejuk! Kalau selsema, apa cara terbaik untuk melegakannya? MauGemok.com pesan...
Rehat yang sempurna (tak rehat kalau duk ngadap laptop jek!)
Mengambil banyak air (lupa dah nak minum!)
Mengambil makanan yang berzat (makan SB je tiap hari...)
Pemberian paracetamol untuk melegakan demam dan membuat mereka selesa (err...tengahari tadi ade telan 2 bijik je)
Anti-biotik tidak diperlukan (kalau tekak ni sakit?)
Gambar ni dicopet! Serius! Cuba klik SINI |
Ingat, sakit penghapus dosa~ Kalau makan ubat, jangan lupa baca selawat syifa' dan niatkan "sesungguhnya ubat yang kutelan ini tidak menyembuhkan aku, tetapi Engkaulah yang menyembuhkan aku Ya Allah..."~ :)
Oh...mari kita berehat! Sape nak ikut gi klinik esok? Jom!
6 Comments
pagi petang siang malam online je, camne tak demam? ahaha
ReplyDeletetelan soluble 2 biji pastu tdo...insyaallah esok lega...
ReplyDelete@masterfaiz.com
ReplyDeletedush2! dua tumbukan kepada diri sendiri~ :p
@mohd zhafri
ReplyDeletetakde soluble kat rumah skang...huhuhu
salam pagi jumaat =)
ReplyDeletelupakan blog seketika,,,dan ambil masa untuk berehat.
@sissyira
ReplyDeleteterima kasih syira~ :) tapi...tak boleh~ huhuhu
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com