Dapat link dalam email dari kawan, panas lak hati ni bila baca.
Boleh pulak dia tanya soklan macam tu... Ya, I know...dia mungkin tak faham, tapi rasanya tak pernah pulak kita kutuk budaya dia...tadi baru je baca kat blog Enchek Ben pasal Kuan Yew, kat sini dia pun nak jadi cam Kuan Yew jugak kot.
Adakah anda tahu? Menyentuh kulit bukan mahram dalam Islam adalah berdosa? Rasullullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu." (HR ath-Thabrani. Dinilai sahih oleh al-Mundziri, al-Haitsami, dan al-Albani).
Ya, dia tak tahu...dan bila seorang perempuan bersarung tangan untuk bersalaman dengan lelaki kat luar nun, itu bagi mengelakkan sentuhan kulit ye~ Bukan kerana dia jijik dengan kekotoran tangan kamu, bahkan dia berusaha untuk tidak meninggalkan nilai bersalaman tu~ Untuk kes dengan perempuan pun nak bersalaman guna sarung tangan, tu mungkin sebab orang tu nak prepare awal supaya bila dah depan lelaki nanti tak yah la kalut nak pakai sarung tangan, tu pun tak dapat nak fikir ke? Adeh....
Bila orang cakap, kena tahu nilai Islam, dengan selambanya dia cakap..."So what is so great about that? That is your religious value which I don't know. How am I to know about the religious values when I'm not practising that religion?" Ohhhhh.....
Mufti Perak yang cakap-cakap pasal Kuan Yew pun cakap-cakap gak pasal dia ni..."He has to know... he must respect religious practices of others, but if he doesn’t know, that is ignorance. If he knows, but pretend not to, that is insulting Islam."
Nak tahu lebih lanjut? Meh klik SINI. Kat SINI pun banyak, tapi kena register. Kat SINI? Kamu takkan jumpa. Ni la bila nilai Islam pun dipolitikkan... Chua oh Chua...saya 'kechuwa'...
Cik Puan Nabila...sila tenangkan saya. Huhuhu...
Admin: Kerana saya seorang perempuan...dan saya seorang Muslim...dan ini pandangan peribadi saya sebagai yang selalu mengalaminya bahkan dari bangsa saya sendiri...
Cik Puan Nabila...sila tenangkan saya. Huhuhu...
Admin: Kerana saya seorang perempuan...dan saya seorang Muslim...dan ini pandangan peribadi saya sebagai yang selalu mengalaminya bahkan dari bangsa saya sendiri...
18 Comments
Sabar ye k.sunah..kita yang faham memang rasa geram. Takpe2..lama2x dia faham la tu (bersangka baik @ husnuzon). hehehe
ReplyDeletePandangan saya, sebenarnya org yg berpegang pada agama tapi tetap bersalam dengan sarung tangan itu lebih baik. Sebab dia berusaha meraikan budaya masyarakat kita yang mementingkan salam-salam ni. Bukannya dia menolak untuk bersalaman terus.
ReplyDeleteAda dua bagus:
1. Dia menjaga agamanya.
2. Dia meraikan adat setempat.
Berbanding kalau dia menolak untuk bersalaman terus, lagi memalukan orang lelaki yang terlibat.
CSL, nampak-nampakkan la hakikat ni! Bagi pandangan macam orang tak habis sekolah, atau datang dari negara lain. Haish!!
P/s: Yg Kuan Yew tu apakehalnya pulak?!!
jangan takot menunjukkan nilai2 Islam hanya kerana "politik"...
ReplyDelete@~sn~
ReplyDeleteBtw, konsep husnuzon xsesuai digunapakai dalam isu ini ye. Sekian.
@~sn~
ReplyDeleteiya, moga2...
@Ajan
ReplyDeleteyup, itulah yang saya ingin sampaikan kat sini..terima kasih!
Kuan Yew? Klik la nama Enchek Ben tu..
@mohd zhafri
ReplyDeletethat's it! no sekularisme ye...
ish2..
ReplyDeletearrogant sungguh ayat dia.
@|| A r a W a n i ||
ReplyDeletehuhu...tu la, sangat berlagak...kalau semua orang Islam seluruh dunia tahu, entah apa yang akan berlaku pada dia..
@Ajan
ReplyDeletehehehe..xleh ea..kenapa?? (muka kudus tanya soalan)
isu ni timbul apebila dakwah dan proses mempekenalkan islam itu hanya jadi kerja ulamak dan ustaz. kite tak leh salahkan mereka klu mereka tak tau, kite ade ajar?takde, bile die bising kite melenting. tu bukan cara yang islam ajar.
ReplyDeletedie salah sebab berkata2 tanpa pemahaman yang kukuh, tp kita juga salah sebab tak mengajar. dok diam jer
cth mudah isu bersalam. sekarang den raso baru bukan muslim jelas yang orang islam takleh sesuka hati bersalam dengan mereka yang bukan muhrim.walau apa agama sekalipon. baru dorg fhm, bile dorg faham dorg tak bising punyer, ini idak, manedie tak pelik, puak BN selamba je salam sesuka hati, PAS plak takleh, jadi dorg keliru. sebab tu kite tanggungjawab menerangkan kepada mereka.
bukan part salam jer, cite juga islam tak benarkan judi, arak, riba dll. tp cite biar betol la.hehe
@nazirulhazwan~
ReplyDeletethumbs up untuk ulasan Ir..betul, mereka benar-benar keliru bila jadi macam tu, dan kita pula tidak memberitahu...jadi tugas siapa sebenarnya untuk memberitahu? ulamak dan ustaz sahaja?
as salam..
ReplyDeletesiapa?
-yang berpegang teguh kepada Al-Quran, Hadith dan sunnah.
-yang mengamalkan ajaran Islam berdasarkan kepada pegangan mazhab masing-masing..
-yang sukakan fitnah, sukakan kematian,suka menunaikan solat tanpa wudhuk(kisah gurauan abu Huzaifah kpd Saidina Umar)
-yang sentiasa berjihad dijalan-Nya..
-yang merasakan dirinya takut kepada syirik dan kufur kepada-Nya dari segi pertututan ataupun perbuatan..
- yang ingin mendapatkan keredhaan-Nya
dan yang paling penting..siapa yang merasakan dirinya takut sebenar-benarnya kepada Allah..apabila disebut sahaja nama Allah itu, menjadi gerun lah dalam seluruh dirinya dia.dan tanpa berlengah-lengah, dia terus menentang kemungkaran itu..
pertuturan*
ReplyDeletetambahan..
ReplyDeletemereka-mereka yang apabila ditanya, adakah kamu seorang yang munafik, dan mereka menjawab dengan lidah.sedangkan perkara kebenaran hati itu adalah rahsia-nya..tiadalah sesiapa antara kita yang mengetahui akannya..
aduh2~dunia oww dunia..huhu
ReplyDeletegine2 pun budaya ya..syariat Allah ttp kita knk patuh..budaya=rekaan manusia..hukum ya dr Allah..
biar org x suka...boh Allah murka..
@...
ReplyDeletesiapa untuk apa ya?
dan yang ketiga ni...
"-yang sukakan fitnah, sukakan kematian,suka menunaikan solat tanpa wudhuk(kisah gurauan abu Huzaifah kpd Saidina Umar)"
saya kurang faham..
@ieyba
ReplyDeletealhamdulillah...benar ya deng..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com