Ticker

6/recent/ticker-posts

KFCM tak patut dapat rumah???

KUALA LUMPUR - Pemerhati sukan bola sepak tanah air memberikan pelbagai reaksi berhubung limpahan ganjaran buat pemain skuad negara yang menjulang Piala Suzuki AFF, baru-baru ini, dengan ada yang menyifatkan mereka berhak menerimanya. Tidak kurang yang menganggap ada bentuk imbuhan agak keterlaluan.

Mereka berpendapat, memang masa yang tepat untuk memberikan habuan ribuan ringgit kepada anak buah K. Rajagobal, tetapi tidak perlu sehingga melibatkan pemberian berupa tanah atau rumah, mahupun pingat kebesaran.

Ia dikhuatiri ada pemainnya yang masih berusia awal 20-an, terlalu mudah berpuas hati atau terus hanyut dibuai kejayaan di peringkat Asia Tenggara itu.

Pemerhati bola sepak ini turut mengingatkan skuad K. Rajagobal bahawa masih ada empat tahap lebih tinggi yang perlu diburu selepas ini, Piala Asia, Sukan Olimpik dan Piala Dunia.

Bagi mereka, Piala Suzuki AFF hanyalah sebuah trofi yang akhirnya tidaklah sebesar mana, selagi satu persatu daripada keempat-empat tahap berkenaan tidak dicapai, sekali gus tidak mampu menandingi tanda aras tertinggi generasi sebelum mereka yang pernah mara ke Sukan Olimpik Munich 1972 dan Moscow 1980.

Kata pengulas sukan Astro Arena, Azlan Johar: "Ganjaran ini memang perlu, biarlah pemain bola sepak negara kaya-raya hasil kejayaan di peringkat antarabangsa, walaupun bukan Piala Dunia. Apa salahnya penat lelah mereka dibalas setelah berjaya membuatkan rakyat kita bergembira sehingga seluruh negara diberi cuti?

"Dengan ganjaran besar, maka bermulanya minat ibu bapa dalam menyemaikan anak-anak mereka dengan bola sepak dan terus meyakinkan golongan ini bahawa sukan mampu menjamin masa depan,''kata bekas pemain negara dan Selangor pada era 80-an hingga 90-an ini.

Bagi legenda bahagian tengah negara yang mara ke Olimpik 1980, Shukor Salleh, "ganjaran buat mereka memang wajar kerana sudah lama kita tidak dapat kejayaan yang sebesar itu. Walaupun sekadar di peringkat Asia Tenggara, ada bagusnya kejayaan mereka dihargai dengan pelbagai bentuk termasuk tanah. Mungkin jika semata-mata diberi wang, mudah dan cepat pula habis begitu sahaja tetapi dengan tanah atau rumah, ada juga kenangan pada masa depan mereka.

"Zaman sudah berubah walaupun ketika saya bermain dan layak ke Olimpik, kami cuma dihadiahkan jam. Saya mengerti ketika itu penaja tidak seperti sekarang, malah sokongan dan penghargaan kerajaan negeri tidak begitu kuat dan menggalakkan. Bagi kami ketika itu, penghargaan dan ganjaran sebenarnya ialah apabila diberi peluang menyarung jersi negara pun sudah memadai.

"Kami tidak berkira sangat namun saya tidak mempertikaikan apa yang pemain sekarang dapat. Apabila kami bermain untuk Malaysia di luar negara terasa macam menjadi diplomat atau duta kerana membawa nama negara dan bermain demi semangat kenegaraan," katanya.

Kata blogger sukan terkenal yang juga bekas wartawan sukan sebuah tabloid berbahasa Inggeris, Rizal Hashim, "sekadar menghargai kejayaan pasukan dengan wang sudah memadai tetapi bukan sehingga mereka diberikan tanah atau rumah mahupun bintang yang mungkin membawa sesuatu gelaran kebesaran. Kejayaan ini tidak boleh dibandingkan dengan Piala Thomas (badminton) 1992 apabila ada pemain yang dapat tanah kerana ia sudah bertaraf dunia."

Baca lagi panjang kat Utusan Malaysia Online

Baca pun dah tahu ni mesti refer kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi yang dapat rumah dari kerajaan negeri. Ye tak?

Tak kisah lah dapat apa pun, yang penting lepas ni 'pensukan' (baca: atlet) tak kira dari bidang sukan mana pun, lebih bersemangat untuk membawa Malaysia melangkah lebih jauh dalam arena sukan. Bila dah berjaya tu, jangan lupa pulak kepada Yang Bagi Kejayaan... Bukan apa, seringkali manusia ni terlupa, mereka berjaya bukan atas usaha mereka semata-mata... Nikmat Allah, yang kadang-kadang berupa ujian, nak menguji kita, adakah kita ini hambaNya yang bersyukur?


Bila dah berjaya pun ada lagi yang cakap macam-macam ye~ Agak-agak kalau bagi kat Indonesia piala tu, diorang dapat apa agaknya dari negara diorang?




Post a Comment

7 Comments

  1. awk msk cni :) http://tutorialuntukblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. em, apa salahnya bagi ganjaran..prestasi pemain bergantung kat pemain tu..kalau dapat rumah pun kalau dia boleh perform apa salahnya..

    ReplyDelete
  3. @waveX

    yup, sekurang2nya menaikkan semangat dia untuk terus bermain~

    ReplyDelete
  4. as salam..

    bagaimana pun kena tengok niat juga.kalau bermain sekadar ingin mendapat nama, susah juga,.kelak sejarah bola sepak dalam negara juga boleh berulang kembali..
    bagi duit dah cukup.pada saya la..pangkat tu..terpulang.tapi ada baiknya jua kalau pangkat itu diberi selepas beberapa tahun berkhidmat dengan baik dalam pasukan.dan tengok pula kejohanan apa yang disertai.kalau bola sepak dunia tu, insya'Allah.

    sedangkan Nabi juga tidak suka berlebih-lebihan kerana takut akan dunia menguasai hati baginda. ini dapat dilihat masa seorang perempuan kaum ansar menukarkan hamparan dari daun pelepah tamar ke 'tilam yang empuk' yang Nabi Muhammad gunakan sebagai alas. namun baginda minta dia menukarkannya kembali..

    :)

    ReplyDelete
  5. @...

    boleh buat entry baru kamu ni~ hehe

    ReplyDelete
  6. dah buat dah.2 tahun lepas kat blog asal. dalm kategori sirah ;)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com