IKLAN BERBAYAR
kat blog nun: panas! panas! isu panas ni!
kat komen sini: ish, ape ni...tak elok la wat entry macam ni~ buka aib orang...
blog tu pulak: oh, my! itu kan...macam kenal jek yang dalam gambo tu...memalukan!
ni punye blog: betul, betul! tak baik dia buat gitu, bukan sorang dua je baca....
blog tadi: respek la kat u, pandai berdakwah~ suke2~
Tett~~~ Iklan dipotong sebab belum habis bayar bil akhirat, jadi semua link ke blog-blog itu tak dapat dicapai. Harap maklum.
Nak berdakwah? Niat untuk berdakwah tu memang baik, walau apa pun cara yang digunakan. Namun, perlu disedari, ada mad'u yang tak dapat menerima level dakwah kita mungkin~ Hati manusia kan lain-lain, bukan rambut je yang lain...Apatah lagi dalam alam maya ni, dunia blogging terutamanya, di mana kata-kata kita yang terkeluar dalam bentuk pena tu akan dibaca oleh semua (lain lah kalau invited readers je boleh baca~) Jadi, kena sesuaikan dengan orang yang akan menerima dakwah kita - yang tadi saya sebut sebagai 'mad'u'.
Tak nak berceloteh panjang, dah puas menatap isu-isu panas dalam saat-saat terakhir rondaan di sekalian blog yang dikunjungi tadi. Sekadar mahu berkongsi ayat Allah dalam al-Qur'an.
Syeikh Muhammad Abduh (dalam Tafsir al-Manar, juz III - sumber di sini) menyimpulkan dari ayat al-Qur'an di atas, bahawa dalam garis besarnya, ummat yang dihadapi seseorang pembawa dakwah dapat dibahagi atas tiga golongan, yang masing-masingnya harus dihadapi dengan cara yang berbeza-beza pula:
a. Ada golongan cerdik-cendekiawan yang cinta kebenaran, dan dapat berfikir secara kritikal, cepat dapat menangkap erti persoalan. Mereka ini harus dipanggil dengan "hikmah": yakni dengan alasan-alasan, dengan dalil dan hujjah yang dapat diterima oleh kekuatan akal mereka.
b. Ada golongan awam, orang kebanyakan yang belum dapat berfikir secara kritikal dan mendalam, belum dapat menangkap pengertian-pengertian yang tinggi-tinggi. Mereka ini dipanggil dengan "mauidzatun-hasanah", dengan anjuran dan didikan yang baik-baik, dengan ajaran-ajaran yang mudah difahami.
c. Ada golongan yang tingkat kecerdasannya di antara kedua golongan tersebut, belum dapat dicapai dengan "hikmah", akan tetapi tidak akan sesuai pula bila dilayani seperti golongan awam; mereka suka membahas sesuatu, tetapi hanya dalam batas yang tertentu, tidak sanggup mendalam benar. Mereka ini dipanggil dengan "mujadalah billati hiya ahsan"; yakni dengan bertukar fikiran, untuk mendorong supaya berfikir secara sihat, dengan satu dan lainnya dengan cara yang lebih baik.
Setiap cara yang kita ambil juga ada kemudahan dan kesukarannya yang tersendiri. Terletak pada jari-jemari yang menaip untuk memilih cara yang paling efektif untuk mendekati semua pihak. Itu dari segi cara, dari segi ilmu? Bukan sekadar ilmu agama ye, ilmu berdakwah! Itu pun penting juga~
Jadi, tepuk dada tanya iman, tak nak tanya selera ya..selera tu ikut nafsu... Selama ni, dakwah kita ok ke?
P/S: Jangan sampai kita pula jadi penyebar keaiban orang...jaga-jaga ya kamu-kamu semua~
P/S: Jangan sampai kita pula jadi penyebar keaiban orang...jaga-jaga ya kamu-kamu semua~
Admin: Tak lari dari kesilapan, sama-sama belajar~
7 Comments
betul 2...nak berdakwah juga kena ada ilmu...kne ada caranya...kne ada garis panduannya...ape yg di lihat sekarang, ramai orang maen hentam keromoh je bile bercakap dengan alasan hendak berdakwah...matlamat tidak menghalalkan cara...x kn kita nak berdakwah tapi cara kita seperti orang hendak gaduh...
ReplyDeletemaaf kalau tersalah kata....wallahualam
Berdakwah memang di galakkan,tapi sebelum kita mendakwah orang lain sempurnakan lah diri kita dahulu,selepas tu,isteri kita dan anak2 kita.bila dah sempurna anak dan isteri kita barulah kita dakwah jiran kita yang terdekat,kiri dan kanan,depan dan belakang .bila semua jiran kita dakwah,baru lah kita dakwah jiran kampung atau taman yang berdekatan .begitu lah seterusnya keperingkat daerah,negeri,negara seterus nya seluruh dunia.Biarlah dalam dada kita ada ilmu sedikit sebanyak.tapi kebanyakan mereka yang keluar berdakwah baca Fatihah pun tak betul.Sempurna lah diri dulu sebelum kita mendakwah orang lain.
ReplyDeletesaya minta maaf ,bukan niat saya nak memperkecilkan usaha dakwah yang pendakwah lakukan sekarang ,cuma sekadar memperingati kita sesama islam.
wassalam..
sunah,
ReplyDeletetrex tahu cte ni... so far satu blog je yg bt ulasan linkback.. kita ada mata utk lihat perkara yg betul ke x... kita ada akal untuk berfikir mana yg baik dan slh.. kita ada hati utk menilai... guna la sebaiknya...
tapi pas kes ni kan.. rasa pasni bfr pape kena fikir btol2... pengajaran utk kita semua...
@mohd zhafri & mohamad
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian...:)
@athirah
ReplyDeleteyup, saya ade jumpa banyak gak blog lain yang wat ulasan tentang blog tu..moga lepas ni semua ambil iktibar..insya'Allah..
kalo cara saya salah , saya mintak maaf ye
ReplyDelete@PeNgEmiS dUniA a.k.a zulfadhli
ReplyDeletekita sama-sama belajar~ tapi zulfadhli tak wat salah kat saya pun...:)
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com