Apa yang perlu korang buat ialah menceritakan dengan mengimbas kembali saat saat kali pertama korang berblog .. Pahit getir korang buat blog .. Susah senang ... Suka duka ... Mereka yang datang dan pergi ... Blogger pertama yang meninggalkan komen .. Kutukan serta kejian .. Bagaimana korang mendapat inspirasi serta semangat untuk bangkit kembali .. Mereka yang sering memotivasikan korang .. Dan macam macam lagi ..
Blog ni...bukanlah blog pertama saya, sebab saya ada wordpress (berdomain asasian.net) sebelum ni. Bila tengok ramai berpindah ke blogger.com, dan akses dia macam lagi senang dan mudah faham...maka, terbentuklah blog ni~ :) Dulu saya buat sebab nak review buku...boleh tengok book review pertama saya kat sini. Dan dah tentulah cik Anon yang tinggalkan komen kat situ bukan orang pertama yang tinggalkan komen sebab blogger pertama adalah cik Eka dari Indonesia kat entri Ayat-ayat Cinta. Tapi takde link ke profile dia, dia bagi broken link pulak. Hurm...permulaan blogging yang agak slow gak la dulu, ambil masa berbulan-bulan juga nak update entri. Huhuhu.
Daripada blog review buku menjadi blog peribadi, berkongsi macam-macam artikel Islamik, kemudian blog ni berubah jadi blog rasmi. Erk, apa maksudnya tu? Berubah jadi blog rasmi sebab masa tu da jadi MPM, orang selalu jenguk blog tengok isu kampus. Masa awal-awal jadi MPM tu (terutama masa kempen) banyak jugak la lalat-lalat menjenguk blog. Diorang tak kutuk blog, tak keji blog pun, tapi kutuk benda lain. Tambahan masa tu blog ni ada link pulak dari blog MPM, dan diorang nampak blog ni asyik update masa tu (amek hang!) Biasa la tu, lalat kan suka buat hal... Sedih masa tu? Ya! Kecik hati? Ya! Menyesal buat blog masa tu? Tak! Alhamdulillah, saat-saat macam ni ada sahabat-sahabat di sekeliling yang memberi semangat supaya tak cepat tunduk kepada lalat. Terima kasih sahabat!
Dan sekarang da jadi orang biasa... Alhamdulillah, masih berblog... masih termotivasi untuk berblog kerana ada follower yang setia (cewah!) dan kerana ada kamu-kamu semua~ yang rajin menjenguk blog saya~ Terima kasih! Kamu semua adalah penyumbang kepada kebangkitan ni, tahniah! Takde award ye...:D
Oh! Terlupa lak tadi! Blog yang saya baru follow jap tadi adalah blog Nur Sabrina Risman. Vna ni junior saya, blog dia ada banyak puisi best dan entri-entrinya banyak mengajak kita bermuhasabah~ Gi la jenguk ye~ ;)
Oh! Terlupa lak tadi! Blog yang saya baru follow jap tadi adalah blog Nur Sabrina Risman. Vna ni junior saya, blog dia ada banyak puisi best dan entri-entrinya banyak mengajak kita bermuhasabah~ Gi la jenguk ye~ ;)
Untuk bloggers baru, jangan cepat patah semangat ye kalau ada lalat datang blog kamu-kamu semua~ Jadikan ia sebagai cabaran dalam dunia blogging, teruskan konsisten! Tak lama mana pun, nanti lalat-lalat tu bosan gak... DAN... Manfaatkan blog kita sebaiknya ya~ ;)
Eh, entri ni...dapat jugak publish dalam keadaan broadband biru putih yang agak lembap...alhamdulillah...:)
Klik header Enchek Ben untuk maklumat lanjut ye~
19 Comments
as salam..waa..ringkas dan padat.entri saya panjang berjela2
ReplyDeleteO_O"
siap ada yang tanya ni sedutan kisah benar ke apa.adoi
MPM tu apa? wakil pelajar ke?
ReplyDelete@...
ReplyDeletesalam wrt..mana entry kamu? takde pon..gi check gak tadi..
@DeQdEq
ReplyDeleteerr..ye kak..
niesz ade join gak segmen nie..ehe..bile pk2 blik bnyk kenangn time berblogging ni kan.. truskan berblogging ya :)
ReplyDeletetu~ kamu siap terkedu.terkedu sebab apa tu, tak tahu la saya..terkedu ni jangan lama2.ia berkaitan dengan jantung.meransang jantung untuk mengepam lebih laju.ni akan menambah bebanan dalam salur darah.bahaya tu.
ReplyDeletehehehehe.btul2 ..tnpa follower, kta pun tak ke mana =)
ReplyDelete@niesz
ReplyDeletebetul, banyak kenangan pahit manis...:) insya'Allah..niesz pun sama ya~
@...
ReplyDeleteterkedu kejap jek..hehe
@fathiahRAIHANA
ReplyDeleteyup! that's rite dear~
betul tu banyak kenangan blog nie..macam-macam ada :)
ReplyDeletewordpress ni cne sbnrnye..tgk rmai gk main
ReplyDelete@FasiHaH SupiaN
ReplyDelete:)
wordpress lebih stabil
ReplyDelete;)
@kiwi
ReplyDeletewordpress macam blog jugak, tapi agak sukar nak akses..tak berapa pandai la..huhu
@...
ReplyDeletetapi yang tak bestnya wordpress ni banyak spam..
betul
ReplyDeleteT___T
melampau2 pula tu.sampai link yang buat saya terkedu pun ada.uuu..menakutkan
salam alaik.wakaka.kajong.kat sini pun kome ado yob?wordpress lau tak mahir bab coding2 ni,gamaknya spam tu ibarat lautan api.ak idak ah terer mana pun.belek buku jak.ehehe.tuan belog,nama mu unik.kome keturunan apa?ni baru jenguk2 dari belog ben ashaari.
ReplyDelete@ibnuhamdani
ReplyDeletesalam kenal ibnuhamdani~
unik ke? biasa je~ :) keturunan melayu la~~ :D
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com