Ticker

6/recent/ticker-posts

Kejarlah Bila Rasa Jauh

Berlarilah pada laluan yang sepatutnya, jangan sesekali merosakkan rumput yang ditanam cantik...

Usai Maghrib tadi, ana bertemu dia di YM. Dia jarang-jarang sekali online. Cuma sejak dua tiga hari kebelakangan ini barulah pertama kali ana melihat dia online. Sudah lama kami tidak bersua sejak menamatkan pengajian. Dia kini telah bekerja, ana pula masih di sini.

Pertemuan semula dengannya walau hanya di ruang maya mengubat sedikit rasa rindu pada ukhwah ini. Ukhwah yang terbina atas dasar perjuangan yang sama. Ukhwah yang terbina kerana melalui tarbiyyah yang sama, merasa pahit manis dan asam garam dalam sepanjang perjalanan mencapai keredhaanNYA..

Tadi, sempat mengkhabarkan kepadanya tentang walimah sahabat-sahabat. Nyata dia terlepas begitu banyak berita dan cerita. Kami bertukar-tukar cerita tentang perjalanan hidup masing-masing, cumanya ana lihat dia lebih banyak memesongkan jalan cerita apabila ada bahagian yang perlukan jawapan lebih detail.

Hinggalah dia menyuarakan tentang itu...

"Tolong ana...ana rasa ana dah hanyut..." bersama ikon 'sedih'.

"Kenapa? Kenapa hanyut?"

"Ana tak rasa macam dulu..."

Ana seperti mengerti apa yang dimaksudkan olehnya lalu melontarkan persoalan, "dunia bekerja dan dunia belajar, tak sama kan?"

"Ya, sangat berbeza..."

"Apa yang berbeza?" Ana menduga.

"Iman. Kawan-kawan. Pergaulan. Suasana. Banyak lagi yang lain. Ana rasa kehilangan!"

"Enti...enti kena kuat. Alhamdulillah...enti sedar akan perubahan yang enti alami."

"Tetapi, perubahan tu buat ana tak tenang! Tak setenang semasa belajar dulu, dengan sahabat-sahabat. Ana nak ketenangan..."

"Macam mana dengan gerakan persatuan-persatuan di sana? Tak join aktiviti mereka?"

"Ana tak tahu tentang persatuan apa-apa di sini."

"Enti tak contact sahabat kita di sana? Insya'ALLAH nanti ana cuba tanyakan."

"..."

"Enti, kita kena kembali kepada fitrah. Hati kita tak tenang kerana dahagakan ilmu. Hati yang biasa ditarbiyyah akan rasa kehilangan bila tak diberi santapan yang sepatutnya. Sekurang-kurangnya isi hati dengan usrah walaupun sekali seminggu atau dua minggu sekali. Bagaimana pula dengan ibadah? Teruskan seperti dulu. Banyakkan berbicara dengan ALLAH."

"Kata-kata enti membuatkan ana sedih..."

"Enti, alhamdulillah...enti sedih kerana rasa jauh dari perjuangan...rasa jauh dari ALLAH..."

"..." Mungkinkah dia sedang menangis?

"Enti, kejarlah DIA kalau enti rasa DIA semakin jauh!"

"..."

"Enti, da masuk waktu Isyak. Enti kuatkan semangat ya, kalau ada apa-apa, beritahu ana..."

"Kata-kata enti buat ana kuat, tapi ana sedih..."

"*senyum* Enti, kalau berkelapangan, datanglah reunion hujung tahun ni. Insya'ALLAH kita boleh berjumpa. Nanti ana forwardkan mesejnya. Enti jaga diri ya..."

"Enti juga..."

"Jaga iman dan amal...wassalam *senyum*"

"Syukran ya ukhti...wassalam..." bersama ikon 'hug'. Ana senyum simpul kemudian log out kerana mahu mengejar DIA!

Kalau antum rasa antum masih dalam jarak yang sama juga walaupun sudah mengejar, kejarrlah dengan lebih laju!

Antum juga, kalau rasa semakin jauh, kejarlah DIA semula! Biar beribu-ribu meter atau berjuta-juta batu, kejarlah! Kerana jarak itu tidak akan dapat diukur sehingga kita benar-benar menemuiNYA!


Post a Comment

3 Comments

  1. salam...ana rasa terharu bca entri k.sun ni...
    ana faham perasaan shbt itu...bukan bermain teori lagi...tp practikal di lapangan sebenar...
    kekuatan hati akan selalu diduga...terasa jauh dan sangat2 ingin kembali...dan hanya kembali padaNya, hati menjadi tenang...betul k.sun, kembali kpd fitrah...mungkin dulu kuat sbb ada shbt2 dsekeliling..Alhamdulillah, sebenarnya Allah nak bagi peluang untuk kita tarbiyyah diri sendiri, bukan sbb shbt2, bukan sbb sape2 tp diri sndri yang mahukan...
    syukran k.sun=)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah..semoga Allah tarik dan peluk sahabat k.sun itu seerat-eratnya..
    teruskan doa ye dik..rabitah hati yang mengikat hati-hati kita dan sahabat2 seperjuangan..
    barakallah fikuma..semoga Allah memberkati sunah dan sahabat...ameen!

    ReplyDelete
  3. ms. ck> alhamdulillah...skin pun secara tidak langsung membantu sahabat tu...:)

    kak ainul> ameen..insya'ALLAH kak..doakan yang terbak untuk semua..:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com