Gambar ni tak ada kaitan dengan entri. Terima kasih. |
"Wahai orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang keras kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." [at-Tahrim: 6]
Allah...ana petik dari buku merah "Super Wife, Super Mom, Super Women", buku Siri Wanita Kharisma karya Heni. A. Rifai. Ya, ia mengenai tanggungjawab suami dan isteri untuk memelihara keluarga daripada api neraka! Apa, kita yang belum bergelar suami atau isteri tidak perlu menjaga kebajikan keluarga kita?
Bukan begitu! Ayat ini dikhususkan untuk segenap lapisan umat manusia di muka bumi, yang beriman kepada Allah dan Rasul. Awal ayat sudah menyeru "Wahai orang yang beriman!", maka sungguh ia untuk semua. Kita mengatakan kita sudah beriman, dan berubah ke arah kebaikan, tetapi kita membiarkan ahli keluarga kita dalam kejahilan dan kekufuran? Wah, gembiranya dapat masuk syurga! Sorang-sorang pun takpe kot~ Biarlah dia dengan hidup dia, aku tak peduli! Itu hidup dia, bukan hidup aku! Dia nak jadi bahan bakar kat neraka ke, nak kena bantai dengan malaikat ke, lantak dia la~ Eh, terlupakah dengan sabda nabi junjungan?
Mungkin tak sayang diri, sebab tu tak sayang saudara? Yeke? Hurm..entah lah. Jadi, sebagaimana seharusnya kita sebagai saudara menyayangi saudara kita? Tentulah dengan mengajak mereka ke arah kebaikan! Tetapi, jangan sesekali terlupa untuk menegah mereka daripada melakukan kemungkaran. Ajak buat baik je la, tak boleh ke? Malas la nak tegah-tegah, nanti kecik hati dia. Ops, silap tu! Mengajak hendaklah seiring dengan menegah. Sebab itu ayat 'amar makruf nahi munkar' sentiasa seiring dalam al-Quran, kerana kedua-duanya kena selari.
Ya, sebagai saudara bukan sahaja saudara berdarah daging, bahkan saudara sesama Islam, kita dituntut untuk menyeru manusia ke arah kebaikan, dan mencegah kemungkaran. Macam mana nak buat? Boleh terjah macam tu je ke? Nampak benda salah, terus terjah. Tak kisahlah, yang penting aku buat amar makruf nahi munkar~ lalala~ Amboi-amboi~ sedangkan nak masuk rumah orang pun kita kena bagi salam kan? Even orang tu saudara kita, ada kita main rempuh, sepak terajang pintu rumah dia? Masuk-masuk rumah orang, lepas tu terjah sesuka hati. Eik, terus dicop tak ada adab. Kan dah kurang pahala amar makruf nahi munkar tu? Jadi, macam mana seharusnya?
Nah, dah jelas nyata...usahlah menyombong diri jika ilmu kita masih cetek. Ajaklah manusia dengan hikmah, bukan kerana karamah, tetapi bagi mengelak fitnah. Yang menaip ini juga bakal diuji dengan kata-katanya.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" [ar-Rahman: 13]
1 Comments
assalamualaikum sunah...yer la nikmat yg Allah berikan jgn la kita perlekekhkn jgnlah kita lupa diri dan lebih2 lg jgn la menyombong Allah x suka dgn semuanya tu....:)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com