Ticker

6/recent/ticker-posts

Anugerah Allah Sentiasa Indah

ada tak orang gantung roseball kat pokok sakura?
"Aduh!" dia menahan sakit. Tertelan-telan air liur, itu pun masih tersekat-sekat lagi di kerongkong. Rasa semakin tertekan-tekan pada bahagian yang sakit. Hingga menular ke belakang kepala. Mood sudah semakin buruk.

"Nak tempah makanan apa?" tanya seorang sahabat kepada sahabat-sahabat yang lain. Seorang demi seorang menyatakan makanan yang ingin ditempah. Tiba gilirannya...dia menggeleng.

"Tak nak makan?" sahabat itu berkerut dahi bertanya.

"I don't think I can swallow anything..." dia menutur lemah.

"Kesiannya...kami pergi tempah dulu ya."

Dia dan seorang sahabat lain menunggu sahaja di meja itu. Ketika menunggu itu, dia mengeluarkan telefon bimbit. Nombor telefon didail, beberapa saat selepas itu kedengaran suara di hujung talian.

"Assalamualaikum, ma.." sapanya.

"Wa'alaikumsalam.." si ibu menjawab salam.

"Tengah buat ape tu?"

"Macam biasalah..." jawab si ibu sambil tergelak kecil.

"Hehe...ayah dengan adik buat ape?" wajah ayah dan adiknya terbayang di mata.

"Ayah tolong ibu ni, adik tengah tengok tv kat dalam."

"Hee..cerita ape la yang dia tengok tu?"

"Entahla along...ni dah kat mana ni?"

"Dah sampai dah..alhamdulillah. Tengah beli makanan dengan kawan-kawan ni."

"Alhamdulillah dah sampai...along makan apa tu?"

"Tak makan ape-ape..."

"Eh, tak makan? Kenapa tak makan?"

"Erm...sakit gigi la ibu..." dia merengek. Pipi kiri disentuh.

"Kenapa sakit gigi?" si ibu pelik.

"Gigi bongsu ni..."

"O...kesiannya anak ibu..."

"Nak cabut, boleh tak?"

"Eh, janganlah!"

"Kenapa tak boleh? Nak cabutlah esok."

"Janganlah. Mana boleh ubah apa yang Allah bagi." Ada sesuatu yang dia rasa perlu diperbetulkan sedikit di sini.

"Tapi, sakit lah ibu..."

"Tahanlah...sekejap je tu, kena la sabar..."

"Hurm...betul jugak ye ibu. Takkanlah Allah cipta gigi bongsu ni semata-mata untuk dibuang? Mesti ada sebab kan Allah buat gigi bongsu, takkan saja-saja je." Kepalanya berfikir sambil menghadam kata-kata ibunya.

"Ha, tau pun...jadi tahanlah dulu. Bukannya budak kecik lagi..."

"Eh, kecik lagi la...belum tua lagi macam ibu~" dia berseloroh. Kemudian mereka ketawa bersama.

***
malah, Allah jadikan sakura cantik macam ni pun ada tujuannya...
Ya! Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Segala-galanya, alam ini, dan seluruh isinya, diciptakan Allah bertujuan. Samalah sebagaimana kita manusia diciptakan, dengan tujuan untuk mengabdikan diri padaNya.

Samalah juga dengan kamu-kamu semua yang berblog, mesti ada tujuannya antum berblog. Kalau saja-saja tu tak boleh diterima, sebab mesti ada sekelumit tujuan 'mahu berkongsi' dengan pembaca. Sama juga bila antum jadi follower satu-satu blog, mesti ada tujuannya bukan? Sebab entri blog tu menarik, dan kamu mahu tahu entri-entri yang akan datang. Atau mungkin sebab blogger tu sahabat rapat kamu, jadi kamu mahu mengikuti perkembangannya dari masa ke masa. Menjadi follower untuk difollow pun salah satu sebab yang paling popular sekarang ni. Dan sebab yang ini ana kurang boleh terima. Ana susah sikit la orang macam ni, rasanya ana dah pernah publish satu artikel tentang ni dulu kat sini.

Kembali kepada topik, walau apapun yang Allah tetapkan untuk antum dalam hidup ni, redhalah kerana itu adalah anugerahNya untuk antum.

"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, 'Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji`uun'." [al-Baqarah: 155-156]

Dan tujuan Allah menurunkan segala ujian itu adalah...

"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." [al-Baqarah: 157]

Malah, bagi orang yang beriman, segala ujian dan kesukaran yang Allah turunkan kepada mereka adalah kerana Allah sedang mengampunkan dosa-dosanya. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya." [HR Bukhari dan Muslim]

"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan." [al-Anbiyaa': 35]

Ibnu Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang berputus harap. Ibnu ‘Abbas pula menafsirkan bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan.

Berdasarkan tafsiran tersebut, dapat kita ketahui bahawa setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya.

"Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya." [al-Baqarah: 233].

Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian  yang Allah kenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan itu. Bagi orang-orang yang beriman dan yang mahu memperkukuh serta menyempurnakan aqidahnya, cubaan atau ujian itu akan semakin memperteguh semangatnya untuk mengabdi diri kepada Allah serta meningkatkan ketaqwaannya kepadaNya.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

"Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya." [HR Muslim]


-yang suka sakura sedang berusaha bersabar dengan hukuman Allah terhadap antara dosa terbesar mungkin-

Post a Comment

6 Comments

  1. ...> salam wrt..wah, lajunya~ hehe..afwan..

    ReplyDelete
  2. laju, tapi tidakk selaju Malaikat yang dijadikan dari Nur :)
    apa yang laju tu? huhu

    ReplyDelete
  3. Salam..
    *Subhanallah...cerita yg kat atas tu pndek je,tp mendalam mesej nya..

    *Betul tu kak sunah.Kita berblog ni mesti kena ada tujuan,bukan untuk suka-suka.

    *setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  4. @Mira Amirudin

    salam mira..

    wah, baca sampai habis ye? alhamdulillah...:)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com