Ticker

6/recent/ticker-posts

"Teknologi..." - Kalau Letak Tajuk ni, Mesti Sekerat Je yang Nak Baca..:p


 Dah lama sangat...ana tak menulis...di sini. Ya, di sini.

Ana menulis di sana...tempat lain yang ana rasa buat masa ni, biar ana simpan dulu...dan mungkin sampai bila-bila.. :)

Sekarang ni blog ni da jadi macam tempat mengumpul teknologi-teknologi yang menarik minat ana, sebab tu kalau tengok pautan kat blog ni, banyaknya ke laman web Space Daily. Kalau singgah blog ni pun, sekadar nak tengok update terkini pada pautan-pautan tu, jarang sekali nak update entri kat sini. Maaf sangat-sangat.

Minat pada teknologi tu semakin menjadi-jadi sejak awal tahun yang lalu. Perkenalan dengan seorang sahabat, alhamdulillah mengajar ana untuk mencambahkan rasa rindu pada Palestin dan Islam pada masa hadapan. Biarpun kebanyakannya hanya direkodkan dalam minda dan karya yang masih belum sempurna, niat itu masih ada. Dalam setahun ini, dah terlalu banyak perkara yang berlaku, dah bermacam-macam pengalaman yang ana lalui, yang insya'ALLAH ana pinta pada-NYA agar menjadi antara peristiwa yang mematangkan ana.

Berkecimpung dalam dunia penyelidikan kini memerlukan kekuatan yang tidak terhingga dari-NYA. Kerana zahirnya ana keseorangan di sini, memerlukan sahabat-sahabat yang boleh bersama-sama dengan ana berbincang minat yang sama dan teman-teman yang memberi kata-kata motivasi apabila semangat merundum turun. Sahabat-sahabat itu kurnia ALLAH...teman-teman itu anugerah ALLAH juga. Hakikatnya selamanya kita perlukan ALLAH. Subhanallah...

Kenapa ana sangat suka pada teknologi? Kenapa ana, antara banyak-banyak bidang lain di dunia ini masih mahu memilih untuk terus berada di jalan ini? Kenapa ana mahu bersusah-payah di sini sedangkan orang lain sudah mengorak langkah di tempat lain? Insya'ALLAH jawapannya ada dalam hati ini...

Moga ALLAH berikan ana kekuatan untuk meneruskannya...ameen.

Kamu, anda, awak, kalian, enta, enti, antum dan antunna...kalau mahu bersama-sama ana di sini mencapai impian yang sama, jalan itu tidak berpagar besi...cuma ada sedikit lubang-lubang pada jalan yang kurang rata dan batu-batu kecil di jalanan itu...jadi, kena sabar...fa sabrun jameel..

Post a Comment

4 Comments

  1. salam, dik..
    sungguh, "dunia penyelidikan memerlukan kekuatan yg tidak terhingga"..kekerdilan diri dalam usaha ingin mencapai kecemerlangan insyaAllah akan membuahkan pengharapan yg tinggi kepada Allah..never give up, my dear! insyaAllah He's never far away.. keep ask to Him..may He show you the right way...caiyyok2!

    ReplyDelete
  2. salam kak...

    syukran atas kata-kata semangat...:')

    ReplyDelete
  3. biarlah dengan setiap apa yang kita lakukan adalah kerana ALLAH... semoga beroleh keberkatan dan kejayaan dalam bidang yg diceburi...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/04/andainya-rasulullah-masih-ada-ingin_27.html

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com