398. Tipis. Keputusan keluar agak lewat, bak kata bonda, ada potensi ke arah kemenangan (kerana pengiraan yang dibuat berulang kali).
Alhamdulillah. Kata syukur kepada ALLAH diucap berulang kali. Maha Suci DIA yang telah memberikan kemenangan ini. Berkat doa sahabat-sahabat dan keyakinan yang tinggi pada janji ALLAH, DIA memberikan ujian kemenangan.
Ujian kemenangan
Suasana pilihanraya di Sibu kali ini agak berbeza. Semangat kedua-dua parti dominan terutama di pusat pembuangan undi di SK Bandong begitu berkobar-kobar. Bak kata DJ Radio Sibu FM semalam, proses pembuangan undi berjalan lancar, cuma ada sedikit insiden ejek-mengejek antara parti. 'Ejek-mengejek' tersebut kalau di kampus-kampus kita panggil sorakan - "Hidup-hidup! Hidup ___! Hancur-hancur! Hancur ___!" Sila isi tempat kosong dengan jawapan antum sendiri. Ia, agak agresif untuk penduduk Sibu sebenarnya, namun ia telah menghangatkan suasana pilihanraya kali ini.
Sepanjang proses pembuangan undi, lidah tidak berhenti-henti berzikir kepada ALLAH. Surah Yaasin ayat 9 tidak ketinggalan dibaca setiap saat. Mohon kepada ALLAH supaya menunjukkan bahawa yang benar itu benar, dan yang batil itu batil, agar dijauhkan daripadanya. Saat mendengar makluman terkini dari masa ke masa daripada sahabat, hati semakin berat. Pundak di bahu semakin terasa menujah-nujah. Alhamdulillah, benar. Kemenangan telah diberikan. "Kita akan diuji dengan kemenangan ini." Kata-kata yang keluar dari bibir kepada seorang kakak malam tadi.
ALLAH Maha Mengetahui, semoga kemenangan yang diperolehi dimanfaatkan sebaiknya. Semoga kebajikan penduduk Sibu sentiasa terpelihara. Wajah-wajah penduduk yang ditinggalkan masih terbayang di ingatan. Harapan mereka - antara yang memberatkan bahu ini. Semoga yang telah menang menunaikan hak penduduk yang telah memilih anda. Yang kurang bernasib baik, teruskan menabur bakti kepada rakyat.
Wallahu'alam.

-berdoalah kepadaKU, nescaya akan KUperkenankan bagimu-
[40:60]
[40:60]
0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com