Ticker

6/recent/ticker-posts

Speaker's Corner


Sekitar Isu Speaker's Corner di dada akhbar

Utusan Malaysia

IPT digalak wujud sudut pidato untuk penuntut

KUALA LUMPUR 30 Dis. — Kementerian Pengajian Tinggi menggalakkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara mewujudkan satu sudut pidato khas di universiti masing-masing bagi merancakkan aktiviti pengucapan awam dan debat di kalangan penuntut.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, IPT bebas untuk memilih format sudut pidato yang dirasakan sesuai, tetapi ia perlu melalui rundingan dan persetujuan antara pelajar dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) terlebih dahulu.

Beliau berkata, ia tidak semestinya mengikut acuan seperti ”Speaker”s Corner” yang pernah diwujudkan di hadapan perpustakaan Universiti Malaya sekitar tahun 1960-an dan 70-an.

"Yang penting ialah sudut pidato ini sebagai satu platform yang tidak formal bagi penuntut untuk meluahkan pemikiran dan pandangan mereka tentang sesuatu isu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyaksikan Pertandingan Pidato Kemerdekaan Antara IPT 2009 di sini, hari ini. - Bernama

Sudut pidato diwujudkan semula

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang berkebolehan berhujah serta meningkatkan bakat pengucapan awam.

Katanya, kemahiran berucap perlu dikuasai oleh mahasiswa dan tidak terhad kepada kumpulan pelajar tertentu sahaja seperti pemidato universiti.

“Kebenaran itu akan menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti selain melahirkan mahasiswa cemerlang bukan sahaja dari segi akademik semata-mata.

“Bagaimanapun, sudut pidato berkenaan perlu dilakukan secara beretika, berhemah dengan persetujuan daripada Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti masing-masing, kita yakin ia tidak akan menimbulkan implikasi negatif,” katanya...Selanjutnya di SINI.

BISIK-BISIK Awang Selamat

ADALAH sesuatu yang malang apabila mendapati status pengucapan awam sekarang berada pada tahap yang terlalu rendah dari segi jumlah program anjuran universiti dan penyertaan penuntut, seperti mana diperkatakan oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Oleh itu usaha perlu dilakukan supaya program pidato di universiti dapat digerakkan dengan lebih aktif kerana signifikannya kepada pembangunan pemikiran penuntut pengajian tinggi.

Sudut pidato seperti Speaker’s Corner di universiti Malaya pada tahun 60-an dan 70-an mampu menjadi platform tidak formal kepada penuntut menyampaikan buah fikiran dan pandangan mereka mengenai sesuatu perkara termasuk isu-isu semasa...Selanjutnya di SINI.

Sudut pidato di IPTA, IPTS lahirkan mahasiswa bersifat berani

KUALA LUMPUR 31 Dis. - Kewujudan sudut pidato di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) berupaya melahirkan mahasiswa yang mempunyai sifat berani dan bertanggungjawab dalam melontarkan pandangan masing-masing.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk. Ir. Zaini Ujang (gambar) berkata, sudut pidato itu tidak boleh dilihat sekadar memberikan ruang untuk mahasiswa bersuara sebaliknya ia perlu meliputi pembinaan dua aspek berkenaan.

"Seandainya pendapat mahasiswa itu berdasarkan khabar angin dan tidak tepat, maka mereka perlu bertanggungjawab di atas apa yang diperkatakan.

"Secara dasarnya, ia dapat melatih mahasiswa untuk berhati-hati mengeluarkan sebarang pendapat kepada orang lain," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini...Selanjutnya di SINI.

Pelaksanaan sudut pidato perlu diperjelas

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Persatuan mahasiswa menyambut baik langkah membenarkan sudut pidato khas diwujudkan semula di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), namun meminta cara pelaksanaannya diperjelaskan.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Kebangsaan, Mohd. Syamsul Salleh berkata, Kementerian Pengajian Tinggi perlu membuat peraturan yang lengkap agar kewujudan sudut pidato itu lebih sistematik.

Jelasnya, melalui peraturan itu mahasiswa dapat mengetahui sejauh mana kebebasan bersuara dibenarkan terutama berhubung pandangan yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

"Saya juga mencadangkan agar kaedah berdebat digunakan berbanding pidato di dalam membicarakan isu- isu semasa.

"Cara itu diyakini dapat menarik minat lebih ramai mahasiswa untuk turut serta mengambil bahagian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman membenarkan semula sudut pidato khas diwujudkan di IPTA dan IPTS oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah semalam.

Mohd. Syamsul yakin dengan adanya sudut pidato itu, ia sedikit sebanyak dapat melahirkan mahasiswa yang prihatin terhadap isu di dalam dan luar negara.

"Melalui penglibatan yang aktif secara tidak langsung mahasiswa dapat membentuk kemahiran dalaman seperti teknik berkomunikasi," jelasnya yang merupakan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM)...Selanjutnya di SINI.

NGO sambut baik sudut pidato diwujudkan semula di IPTA, IPTS

KUALA LUMPUR 1 Jan. - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyambut baik langkah membenarkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan pengucapan awam di kalangan mahasiswa.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim berkata, usaha tersebut selaras dengan usaha kerajaan melahirkan pemimpin pelapis yang mempunyai keupayaan pengucapan awam yang berkualiti.

"GPMS berharap dengan peluang itu mahasiswa dapat meningkatkan kemahiran pengucapan awam di samping mengasah bakat kepimpinan diri semasa di universiti.

"Ia bukan sekadar melahirkan pemimpin pelajar yang berkarisma tetapi juga membolehkan mereka melontarkan pandangan dan idea-idea bernas dan spontan untuk didengari oleh universiti, masyarakat dan negara," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa IPTA dan IPTS dibenarkan mewujudkan semula sudut pidato khas bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam di kalangan mahasiswa...Selanjutnya di SINI.

Wujudkan sudut pidato di institut pendidikan guru

PERSATUAN Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) amat tertarik dengan cadangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah supaya Institut Pengajian Tinggi (IPT) mewujudkan semula sudut pidato bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan mahasiswa.

Pada pandangan PKPIM, sudut pidato bukan hanya perlu diwujudkan di IPT semata-mata bahkan juga di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

Sesuai dengan naik taraf maktab kepada institut, saranan dan pandangan yang dikemukakan oleh beliau perlu diambil kira untuk membangunkan budaya keilmuan dan keintelektualan melalui seni meluahkan kebijaksanaan di IPGM.

Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi hari ini menyebabkan kepelbagaian aliran pemikiran dan kebudayaan menyerang masuk pemikiran generasi muda...Selanjutnya di SINI.

UKM wujud semula Sudut Pidato selepas 34 tahun diharamkan

BANGI 14 Jan. - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini menganjurkan Sudut Pidato selepas 34 tahun diharamkan berikutan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1975.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah UKM menganjurkan semula Sudut Pidato itu diyakini mampu melahirkan golongan mahasiswa bertanggungjawab serta mencorak kepimpinan cemerlang di kalangan mereka.

Beliau berkata, pindaan semula AUKU yang diwartakan pada Februari lalu membuktikan kerajaan bersifat terbuka dalam memberi peluang kepada mahasiswa untuk menghidupkan budaya keilmuan dan intelektual di universiti.

"Kita menitikberatkan soal meningkatkan mutu pengucapan awam dan sifat tanggungjawab mahasiswa untuk berhujah dengan isu-isu setempat mahupun antarabangsa.

"Penganjuran Sudut Pidato ini diharap dapat membudayakan golongan mahasiswa cemerlang bukan sahaja daripada segi akademik tetapi turut melihat soal kematangan mahasiswa dalam mengutarakan sesuatu isu," tegasnya...Selanjutnya di SINI.


Harian Metro

Kembali selepas 30 tahun

KENYATAAN Kementerian Pengajian Tinggi mahu membawa semula sudut pidato atau ‘speaker’s corner’ di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menerima reaksi positif pelbagai pihak terutama pelajar universiti.

Kementerian Pengajian Tinggi membuat cadangan itu selepas pindaan semula AUKU pada Februari tahun lalu.

Sudut pidato yang diperap kira-kira 30 tahun dijelma semula berikutan desakan dan kehendak mahasiswa yang berasakan ia perlu bagi membangkitkan semula semangat mahasiswa yang kini kian lesu.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata daripada lapan teras kokurikulum yang diperkenalkan di IPT, pengucapan awam berada di kedudukan terbawah.

Justeru, dengan pelaksanaan sudut pidato, beliau yakin pengucapan awam tidak lagi di kedudukan tercorot.

“Sudut pidato ini nanti mampu menjadi tempat pelajar menyuarakan pendapat atau perkara yang dirasakan perlu diketengahkan.

“Walaupun IPT ada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), ada segelintir pelajar tidak suka menyuarakan pendapat menggunakan saluran itu.

“Jadi, melalui sudut pidato ini, mereka bebas menyuarakan pendapat di depan pelajar lain, bukannya bercakap di belakang,” katanya...Selanjutnya di SINI.


The Star

Comeback for speaker’s corners at universities

BANGI: Speaker’s corners have been reintroduced in public universities, with the first being set up at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Higher Education Minister Mohamed Khaled Nordin said each university had the prerogative to establish a speaker’s corner and the ministry had no objections.

He added that private universities and university colleges could also do so.

“The speaker’s corner is UKM’s initiative and I commend the university for having the courage to do so,” he said during a press conference after launching the corner and UKM’s new Eco-Business Terrace.

The UKM speaker’s corner is located behind the Tun Sri Lanang Library at the main Bangi campus.

“Other universities have said that they’re waiting for their students to apply for a corner but UKM went ahead without waiting,” Mohamed Khaled said...Read MORE


Berita Harian

Sudut Pidato hidup semula

BANGI: Selepas kira-kira tiga dekad diharamkan, akhirnya Sudut Pidato atau Speakers' Corner di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan diwujudkan semula dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini menjadi perintis dalam memperkenalkan sudut itu, semalam.

Sudut Pidato UKM itu terletak di kawasan terbuka di Teres Eko Niaga bersebelahan Perpustakaan Tun Sri Lanang yang menjadi tempat pelajar universiti berkenaan berehat dan menjamu selera.

Sempena pelancarannya yang disempurnakan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, tiga pelajar diberi peluang untuk berpidato, masing-masing selama lima minit.

Mereka ialah Izzat Fathi Hisham, 21, pelajar Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi Fakulti Sains Sosial, Adlin Noramirah Mohamed, 19 (Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan) dan Syamimi Ab Rahman, 23 (Ijazah Sarjana Muda Syariah Perundangan Islam).

Ketiga-tiganya menyentuh isu keusahawanan dengan Izzat mengaitkan masalah pengangguran di kalangan graduan dengan menimbulkan persoalan sama ada ia berpunca daripada sikap pelajar yang lebih selesa makan gaji atau sistem pendidikan di universiti sendiri...Selanjutnya di SINI.

Siswa UKM ulangi zaman gemilang Sudut Pidato

BANGI: Izzat Fathi Hisham menyifatkan dirinya bertuah kerana menjadi pemidato pertama Sudut Pidato Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang diaktifkan semula selepas diharamkan melalui Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) pada 1971.

Pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Antropologi dan Sosiologi Fakulti Sains Sosial itu berkata, peluang berucap buat kali pertama di depan khalayak adalah penghargaan paling besar dalam hidupnya.

Beliau yang berucap mengenai topik keusahawanan di kalangan pelajar, teruja kerana dapat meluahkan pandangan dan idea pada majlis paling bermakna dalam sejarah institusi pengajian tinggi negara.

Izzat Fathi yang pernah mewakili Kedah pada Pertandingan Debat Peringkat Kebangsaan pada 2006, berkata persekitaran debat untuk sudut pidato berbeza dengan perdebatan umum biasa...Selanjutnya di SINI.


Kita?

Post a Comment

0 Comments