Ticker

6/recent/ticker-posts

Mereka Sebatang Pokok

Mereka Sebatang Pokok

ya ALLAH..seperti apakah aku ini di sisiMU? adakah seperti pohon yang tetap teguh biar sehebat mana angin menderu? adakah seperti dahan yang membuah memberi manfaatnya kepada yang singgah penuh harapan? atau adakah seperti dedaunan yang luruhnya bermusim? [sM]
 
semoga matahari menyinar dan menghidupkan kembali pohon ini lihat dia masih punya daun yang boleh menjalankan fotosintesis untuk sumber makanannya jangan sangka ia akan mati sebaliknya ia sedang diam penuh misteri dan menyusun strategik untuk membuat come back yang bakal mengegarkan isi alam [vB]

mungkin bagi yang buta hati, pokok ini nampak hodoh, tidak membawa apa-apa erti tetapi bagi yang celik mata hati, renungnya jauh ke akar, fikirnya tinggi melangit.. mampukah aku menjadi pemikir yang seperti itu? memikirkan strategi...seperti pokok yang diam penuh misteri.. [sM]
 
pokok yang dilihat teguh berdiri dengan akar umbinya dan banyak cabangnya tetapi setiap cabang itu tidak menghasilkan sesuatu yang bermanfaat bagi sesuatu di sekelilingnya mungkinkah daun untuk teduhan manusia.. mungkinkah buah untuk haiwan yang singgah.. apakah pokok ini tidak diberi baja untuk digunakan kelebihan yang sepatutnya ada kepada org lain atau haiwan lain.. [sH]

jadilah seperti pokok yang memberi manfaat kepada makhluk ALLAH yang lain, bukan memberi mudarat.. tetapi kadang-kadang kilat akan datang menyambar, yang berteduh hilang punca, malah ditunggu maut dalam mudarat yang tidak disangka-sangka.. [sM]

pokok ini takkan pernah kisah jika tak ada yang menghargainya kerana dia punya cinta dari Tuhan yang senantiasa menjaganya begitu juga kita.. andai kita merasa diri hodoh seperti bibik hitam sekalipun, janganlah merasa marah bila mana ada yang memandang sinis lagi enteng pada kita cukup Cinta dariNya lihat sepertinya pokok ini baru dicantas pula, mungkin setahun lagi bila kau pergi berjumpanya dia sudah berdaun lebat boleh sahaja jadi ada dua tiga orang sedang mengais buahnya [vB]
 
pokok ketika hidupnya memberikan perlindungan kepada yang di bawah naungannya memberikan pernafasan kepada yang hidup ketika matinya masih lagi bermanfaat batangnya dijadikan perabot untuk kegunaan harian jadilah seperti itu, ketika hidup kita, memanfaatkan mereka di sekeliling kita ketika sudah meninggal, meninggalkan ilmu-ilmu untuk dimanfaatkan oleh generasi mendatang.. [mHm]

Puisi yang telah dimurnikan. Terima kasih kepada penyumbang-penyumbang di Facebook. Lain kali kita buat kerjasama lagi, insya'ALLAH.

Post a Comment

8 Comments

  1. Aku sebatang pokok tersenyum membacanya sambil memegang pen utk mhabiskan jawapan ekonomi..tahniah....moga byk lagi kenangan indah terjana~ (I_I)~...(^_^)~...^_^.

    ReplyDelete
  2. salam wrt..

    > HaNiSaH MoHaMaD ALi

    bagaimana pokok boleh tersenyum? :p
    teruskan berusaha!

    ReplyDelete
  3. sajad pakgad dah ada.. sajak pokok dah ada..

    buat sajak calculator yg berjasa plak

    ReplyDelete
  4. salam , sebatang pokok yang kita lihat dengan mata kasar atau pada gambar sudah cukup memberikan makna dan value .

    ReplyDelete
  5. sun mahu letak di blogku... sun kau sayang sama aku kan... hehehe print guna laser jet then gunakan kretivitimu dan buat frame untuk setiap penulisnya terutama aku. mhu warna coklat ya =)

    ReplyDelete
  6. salam wrt..

    > Hafiz El Hilmi

    sajak calculator? cadangan yang baik...sebelum ni pun da ada sajak laptop..

    > Kamal Zharif

    erm, betul..

    > peNcaRi sInaR

    alamak, printer takde ink la vB..

    ReplyDelete
  7. kan aku kata laser jet so ko pakai laser jet rm 0.80 je satu kali print kat lily =)

    tambah lagilah yang baru ditambah. aku pun ada tambah lagi baru cukup koleksi kata2 aku =)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com