Ticker

6/recent/ticker-posts

A.K.A.L

Salam 15 Syawal. Alhamdulillah, sudah separuh bulan kemenangan dilalui oleh umat Islam seluruh dunia. Sudah ramai juga yang menghabiskan puasa sunat 6 hari pada bulan Syawal hingga memperoleh nikmat beraya "1 Syawal" untuk kali kedua. Bagi yang belum sempat menghabiskannya, cepat-cepatlah merebut hadiah ALLAH yang sudah hampir tamat tempoh percumanya ini. Hadiah ALLAH yang begitu banyak sejak Ramadhan lagi ditambah-tambah pula dengan hadiah di bulan Syawal yang mulia. Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengikutinya dengan (puasa) enam pada bulan Syawwal, maka jadilah seperti puasa setahun." (HR Muslim)

Begitu banyak sebenarnya nikmat dan kurnia ALLAH kepada hamba-hambaNYA, tetapi begitu sedikit sahaja yang mensyukurinya. Kenapa masih ada segelintir manusia yang kurang bersyukur? Biarpun hingga ditimpa badai yang padanya ada tanda-tanda kemurkaan ALLAH sebagaimana diturunkan bala bencana kepada kaum-kaum yang terdahulu. Seperti gempa bumi yang berlaku di Padang, adakah bencana itu sekadar lakonan alam atau peringatan daripada ALLAH s.w.t? Gempa bumi 7.6 pada skala Richter di Padang 30 September yang lepas, pada jam 6.15 petang waktu Malaysia turut dirasai di negara ini. Malah, ana sendiri yang ketika itu sedang menghadap Facebook turut merasakan gegaran tersebut. Pada mulanya, ana mengandaikan kepala yang pening, tetapi lama kelamaan gegaran semakin ketara hingga nampak katil di sebelah ana bergoyang sedikit.

"Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti KAMI akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat KAMI), maka KAMI seksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan." [al-A'raf: 96]

Gegaran yang sedikit dirasai oleh rakyat Malaysia dan negara-negara di sekitar Sumatera itu sudah cukup sebenarnya menjadi peringatan kepada kita betapa pada bila-bila masa sahaja ALLAH akan tarik semula nikmat yang diberikan olehNYA andai kita tidak bersyukur. Umat Islam akhir zaman ini akan diuji dengan berbagai-bagai ujian, bahkan kaum-kaum yang terdahulu juga telah diuji dengan berbagai-bagai mehnah. Tetapi masih ramai juga yang tidak mampu berfikir kenapa kejadian alam begini dan begitu. Bukankah al-Qur'an itu sudah cukup sebagai peringatan? Sahabat, akal manusia itu bukan untuk disimpan sahaja di tempatnya, tanpa digunakan untuk berfikir kejadian yang ditentukan oleh Pencipta akal tersebut. Fikirkanlah.

Post a Comment

2 Comments

  1. pastikan otak sentiasa mengalir..walaupun sedang berehat. bila Mulut diam, pastikan otak bercakap.. itu yg terbaik~

    ReplyDelete
  2. salam wrt. wbt..

    > Hafiz El Hilmi
    erm, betul..itu yang terbaik..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com