TEHERAN 13 Jun – Mahmoud Ahmadinejad memperolehi kemenangan besar pada pilihan raya Presiden Iran semalam, sekali gus mempertahankan jawatannya untuk mengetuai kerajaan bagi tempoh empat tahun lagi, di sebalik dakwaan pencabar utamanya berlaku banyak penyelewengan.
Sokongan besar terhadap Ahmadinejad, kira-kira dua kali jumlah undi yang dimenangi oleh bekas Perdana Menteri, Mirhossein Mousavi, mengejutkan penganalisis politik, yang sebelum ini meramalkan persaingan sengit antara kedua-dua calon tersebut dan mengheret mereka untuk bertarung dalam pengundian pusingan kedua.
"Doktor Ahmadinejad, yang memperolehi majoriti undi, telah menjadi pemenang mutlak pada pilihan raya Presiden (Iran) ke-10," lapor agensi berita rasmi Iran, IRNA sementara penyokong beliau membanjiri jalan raya untuk meraikan kemenangan itu. Berita selanjutnya rujuk Utusan Malaysia.

Alhamdulillah. Bukanlah ana bermaksud pemimpin yang lain itu tidak layak menjadi presiden Iran. Ana bersyukur kerana beliau memang selayaknya memegang jawatan itu. Ana bukanlah orang yang selalu mengikuti perkembangannya, tetapi ana tahu beliau seorang manusia yang bagaimana. Ana yakin beliau mampu mengemudi bahtera kerajaan Iran. Biarpun pelbagai tohmahan dan cakap-cakap angin yang memburukkannya, beliau membuktikan hati rakyat masih ditetapkan oleh ALLAH untuknya. Alhamdulillah.
Ana masih ingat peristiwa beliau mencetuskan perihal Israel dan Palestin semasa persidangan anti perkauman anjuran Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di Geneva April lalu (rujuk sini). Tindakan beliau yang itulah menguatkan kata hati ana bahawa beliau akan menang pilihanraya kali ini. Ya, seperti sahabat-sahabat seperjuangan yang lain, ana juga menunggu kemunculan lebih banyak (Ya! Banyak, bukan ramai. Guru Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5 ana memberitahu ramai hanya untuk 'orang ramai') pemimpin sepertinya. Lebih-lebih lagi pemimpin seperti Salahuddin al-Ayubi yang membebaskan al-Aqsa. Bilakah masa itu akan datang?
3 Comments
Dr.Ahmadinejad seorg pemimpin agung seperti mana Allahyarham Saddam Hussien yg bercita2 utk menyatukan semua dunia arab dan islam seperti mana Salahuddin Al Ayubi..
ReplyDeleteAWAS!!!
ReplyDeleteKeadaan di IRAN sekarang mirip kpd Empayar Uthamniah di mana ada seakan-akan kamal artatuk dan golongan iran muda yang nak meruntuhkan Revolusi Islam 1979... Mirip rancangan menjatuhkan Empayar Uthmaniah... Sebagai saudara seagama kita harus mengigati rakyat iran krn IRAN satu-satunya Kuasa Tentera Islam yang tinggal...
salam
ReplyDelete>shairazi
sama2 kita doakan agar sifat kepemimpinannya meresap ke dalam jiwa mujahid Islam yang lainnya..
> fiz
teruskan berdoa untuk perjuangan..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com