Salam. Sejak semalam, ana telah berpindah ke Telekom Malaysia Berhad (Bintulu) di Jalan Law Gek Soon. Di sini ana di bawah Mr. Ha How Kok, salah seorang pegawai teknik bahagian TOMA (ana masih mencari apa maksud singkatan itu). Mr. Ha memperkenalkan ana kepada beberapa orang staf yang lain, hampir semuanya lelaki; hanya Madam Ting sahaja staf wanita di situ. Semuanya memakai jaket biru TM sementara ana setia berjaket FKE. Mr. Ha membawa ana melihat-lihat raksasa fiber dan jaluran-jaluran wayar yang terletak dalam beberapa bilik di tingkat 2 dan tingkat 3 bangunan TM itu. Bangunan tersebut merupakan bangunan lama, sejak ana kecil lagi ana sudah kenal bangunan ini yang dahulunya terletak bersebelahan dengan perpustakaan awam BDA (kini perpustakaan itu telah berpindah). Banyaknya wayar yang melingkar ke sana-sini mengingatkan ana kepada bilik radar di DCA (Air Traffic Control), malah lebih mengingatkan ana kepada Digital Communication Systems (Aduh, Mr. Ha bertanya tentang PCM!).
Menyesal pula kerana tidak membawa pulang buku tebal DigiComm. Kalau tidak, tentu boleh merujuk sementara Mr. Ha menunggu jawapan. Eheh. Selepas 'lawatan sambil belajar' itu, Mr. Ha memberikan 3 modul PRI Training untuk bacaan ana di rumah dan memudahkan ana membuat laporan latihan industri. Sejak dua hari di sini, ana faham bahawa mereka yang duduk di dalam ofis ini tidak akan sentiasa berada di sini (seperti sekarang, ana sendirian di sini). Mereka akan ke Bukit Nyabau, ke Tatau, Bakun dan sebagainya. Banyak projek yang perlu ditinjau. Hari ini, tugas ana adalah: menjawab telefon apabila Madam Ting tiada sambil membuat laporan LI.
Ana akan berada di tingkat bawah ini sehingga 12 Jun, kemudian ana akan ke bahagian SOMC di tingkat 3 bangunan yang sama hingga 19 Jun. Akhir sekali akan ke bahagian RNO di Tanjung Kidurong, Bintulu. Semuanya telah disusun oleh En. Olek. Doakan ana ya sahabat-sahabat.
P/S: Sahabat-sahabat, telitikan buku log LI, jangan sedih kalau tiba-tiba antum membuat kerja yang tidak berkaitan, kerana semua itu sebahagian daripada latihan (lihat muka surat ii buku log) dan jangan lupa, semuanya adalah ilmu (pesanan buat diri ana juga yang baru membaca muka surat itu untuk kali keberapa entah).

7 Comments
salam. kak sunah!!! windu kamu. hu. for ur info. i'm TM family. :P
ReplyDelete>naomashikin
ReplyDeletesalam. ckin!!! windu kamu juge!! hehe
yeke? bagus2, snang nk interview ms wat report nnti..hehe
salam..letak la gambaq dauk nenek fiber tu....hahaah..
ReplyDeletehaha..nnti naik atas lg ana p amik gmbr ye..
ReplyDeleteTOMA – Transmission Operation and Maintenance
ReplyDeleteSOMC – Switching Operation Maintenance Centre
RNO – Regional Network Operation
syukran hanisah for the info..
afwan hasunah.. (^.^)v..hehhehe
ReplyDeletesalam.. :)
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com