Salam. Walaupun dah lama berlalu, ana tetap nak berkongsi sebab ana rasa masih fresh lagi. Macam baru semalam je lagi. 7 April yang lepas, ana dan sahabat-sahabat sekelas telah membuat lawatan industri ke Jabatan Penerbangan Awam (Department of Civil Aviation), Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, Johor.
Trip yang bermula pada pukul 9 pagi itu diatur oleh sahabat sekelas, saudara Ahmad Fitry (Aum) bersama pihak DCA Senai, Kak Norazah. Lawatan yang berkaitan dengan Kejuruteraan Gelombang Mikro itu sedikit sebanyak turut berkait rapat dengan Pemprosesan Isyarat Digit. Banyak input yang ana dan sahabat-sahabat dapat melalui lawatan itu termasuklah tentang kegigihan seorang ibu beranak lima (Kak Norazah) dalam menjalankan tugas yang cukup memerlukan ketabahan dan bermain dengan amanah. Duduk menghadap radar yang lebih besar dari saiz skrin laptop memerlukan sifat kepekaan dan tanggungjawab yang tinggi memandangkan tugas ini bermain dengan nyawa manusia. Ana dan sahabat-sahabat sangat teruja mendengar kisah dari awal sampai kini Kak Norazah dalam bidang pekerjaannya, termasuklah kisah di Kolej Aviation ("menceburi bidang ini bermaksud adik-adik kena bersedia untuk berendam air mata", sebelum ini sangat susah untuk seorang wanita berada dalam area ini).
Pesan Kak Norazah pada kami, untuk berkecimpung dalam bidang Kawalan Trafik Udara, minat harus benar-benar tinggi kerana berada di tempat ini bukanlah sesuatu yang mudah. Jazakallah dan insya'ALLAH akak, kami akan pegang sampai bila-bila. ~~kerana ana juga minat Air Traffic Control~~ ♥
9 Comments
Fuiyooo...
ReplyDeletePAS ada kapal terbangnya sendiri...MANTAPLAH...
salam. ayat yang sama yang dikeluarkan oleh sahabat-sahabat ana..heh
ReplyDeletekapal terbang PAS
ReplyDeleteemm...manarik juga kalau saya berpeluang belajar mengenai semua-semua tu...tapi ntahla,mungkin kepala ni bleh sakit sebab tengok benda-benda yang payah mau difahami..huhu..
Sahabat saya dari fakulti alam bina pernah cakap "saya sangat memerlukan sahabat-sahabat dari bidang agama ni untuk menjadi penasihat kepada saya. Sebab hidup di alam bina tidak sama macam di Akademi Islam. Hidup di alam bina tak jumpa manusia-manusia mcm di Akademi Islam...banyak cabaran dan dugaan"
hmm..memang duk di Akademi Islam banyak berjumpa dengan mereka-mereka yang faham Islam, jadi cabarannya sangat kurang berbanding mereka-mereka yang Allah anugerahkan medan dakwah dan cabaran lebih besar di Fakulti lain.
salam. owh, ana terlupa nak gtau. untuk bekerja dalam bidang ni tak perlukan kita ambil specific course kat U. tapi sebelum bekerja di sini kita kene belajar di kolej aviation selama setahun, dan kat sana lah kita akan belajar benda-benda yang susah nak faham tu.
ReplyDeletememang banyak cabaran dan dugaan, tapi ayah ana cakap, "kalau dah minat, benda yang susah mesti jadi senang." =)
Salam'alyk..
ReplyDelete-Haha..Opps.. Mcm mana kapal 'ana' ade situ tue.. Ana silap parking kot.. :)
-Geli hati dgr komen Imam.. Jgn direct sgt imam.. Tahulah enta teruja tengok kapal 'kita'.
P/s:-Bidang yg bagus.. Iya.. Time communicate dgn pilot tue, bglah ayat2 dakwah sket.. cth: "Dah solat ke belom?".. huu.. cdgn jer.
salam kembali myikhwanfiideen.
ReplyDeletebetul gak tu, cadangan nta akan dipertimbangkan. eheh. terfikir jugak bende2 tu. tp klau kedapatan terus kene buang kerja. haha.
kami xsempat naik menara radar pon..xaci35x
ReplyDeleteas salam..
ReplyDeletewaa..menarik :)
ada kapal terbang pas.adoi..
er..'kapal' keluar masuk ruang udara johor?
'kapal'...?
'belon'?
kapak terbang?
ya..kaau diikutkan, bidang2 seperti ini sangat jarang dapat kita dengari dari mana2 sudut. suasana bekereja yang terdedah keada risiko jika cuai dan sebagainya..
syukran..
:)
eh? saya dah komen ke kat sini tadi? ada double post?
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com