Ticker

6/recent/ticker-posts

"Masihkah Suci?"

Salam mahasiswa. Pesta Konvokesyen sedang berlangsung di UTM dan baru-baru ini pelbagai isu tentang pesta konvo telah ana dengar. Entah kenapa beberapa hari kebelakangan ini macam-macam cerita tentang pesta konvo keluar di mana-mana. Kenapa isu pesta konvo begitu panas? Kenapa mesti dipertikaikan sedangkan ia satu keramaian untuk meraikan pelajar yang bakal menerima sijil graduasi pada hari ini?

Sebenarnya isu pesta konvo telah lama membara sejak bertahun-tahun lamanya, mungkin baru tahun ini baranya menyala dan kehangatannya mula terasa. Pesta konvo yang sepatutnya menjadi medan untuk keluarga pelajar yang bergraduasi berkongsi kegembiraan kadang-kadang terbabas dari matlamat dengan adanya aktiviti-aktiviti yang kurang intelektual. Baru malam tadi, kupasan tentang dunia mahasiswa kini dikongsi dalam Forum Perdana Hal Ehwal Islam, "Masihkah Suci?" oleh ahli-ahli panel yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Tentang mahasiswa yang hatinya sudah kurang bersih, jiwanya sudah kurang suci, dicemari idealisme Yahudi Zionis hingga kadang-kadang dalam tidak sedar mereka sebenarnya sedang diperalatkan oleh Yahudi Zionis dari jauh.

Sejauh mana hati itu terusik dengan peristiwa yang berlaku di Palestin nun jauh di bumi Anbiya'? Aktiviti yang diadakan untuk beberapa hari ini dan akan datang menggambarkan segala-galanya. Tatkala saudara kita dibedil mortar dan peluru, kita seolah-olah tidak tersentuh langsung dengan nasib mereka, terus lalai dalam dunia hiburan yang menggila. Seronoknya bersatu menyokong penuh kugiran pilihan hati, tak peduli untuk bersatu memboikot barangan Yahudi Zionis. Seronoknya terloncat-loncat dan memekik bersama-sama tatkala anak kecil Palestin di sana sudah tidak bermaya dan hilang suara untuk meminta secebis simpati.

"Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka." (HR Bukhari dan Muslim)

Panel juga tidak lupa menyentuh bab batas pergaulan dan aurat. Batas pergaulan dalam berprogram sudah tidak jelas dek ditelan lalang-lalang modenisasi. Bekerjasama sambil bersenda gurau dan bertepuk tampar lebih seronok daripada menjaga adab sopan ketimuran. Kalau ditegur demi kamu-saudara-ku, terus dicap sebagai kamu-kolot-dan-ketinggalan-zaman. Tidak sedar bahawa yang dikatakannya kolot itu adalah apa yang dia pegang selama ini, entah ke mana hilangnya sensitiviti. Batas aurat juga sudah tidak difahami. "Aku bertudung! Aku tutup semua, apa lagi yang tak betulnya?" Sejauh mana kamu menutup semua? Sejauh mana kamu faham batas aurat itu? Aduh, dunia ini semakin tenat.

Tenat yang bertambah-tambah dengan isu kurangnya interaksi dengan kitab suci al-Quran dewasa ini. Ber'sms' dan bergayut sampai pukul 3.00 pagi adalah sangat biasa dan kalau tak buat, tak seronok. Tapi kalau nak bangun malam untuk Qiamullail dan taddabur al-Quran sudah menjadi keberatan. Malu nak buat kebaikan, takut nanti sahabat-sahabat cakap alim sangat. Malu nak bersujud dan menangis di hadapan Pencipta, tapi tanpa segan silu menangis apabila ada peserta realiti TV yang diminati terkeluar pada hujung minggu. Jauhnya hedonisme mengubah pemikiran mahasiswa kadang-kadang tidak disedari oleh sesetangah pihak, bahkan perkataan hedonisme itu sendiri pun tidak difahami maksudnya. Banyaknya kesan buruk hedonisme tidak nampak kerana butanya hati. Sedangkan semua ini adalah propaganda Yahudi Zionis untuk menakluki dunia, untuk menguasai mental dan fizikal masyarakat secara halus. Siapa yang untung? Namun, ana bersyukur kerana masih ada segelintir manusia yang kuat dalam perjuangan ini, semoga sentiasa dalam lindunganNYA, tetapi bila agaknya segelintir manusia ini akan menjadi segerombolan mahupun setinggi gunung-ganang? Bak kata Prof. Izi, "renung-renungkan dan selamat beramal."

"Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar." (Surah al-Hujurat, ayat 15)

P/S: Tergeletek hati apabila mendengar bicara juruhebah yang mewar-warkan tentang pertandingan Battle of the Band sejurus selepas forum malam tadi biarpun telah disindir sinis oleh ahli panel ketika forum.

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam juang buat YB ;

    Alhamdulillah wacana yg sgt bgs utk difikirkn brsama.. Syg sy tak smpt nak ke forum sbb kene bg USKUB kt KRP..

    Erm.. cumanya sy tertarik.. Tertarik dgn luahan dan gubahan ayat dari para panel.. Boleh memukau si penonton dan siapa2 yg mendgrnya.. Itu sudah pasti.. Tapi, mengapa wacana semacam ini tdk membekas? Itu suatu persoalan yg sepatutnya perlu dikontraskan skg..

    Tdk membekas means slps forum mcm tue jelah.. habis disitu.. tdk ada resolusi bertindak.. Buktinya..

    "P/S: Tergeletek hati apabila mendengar bicara juruhebah yang mewar-warkan tentang pertandingan Battle of the Band sejurus selepas forum malam tadi biarpun telah disindir sinis oleh ahli panel ketika forum."

    Persoalan ini perlu digali sehingga ketemu keranda punca!

    Apapun.. semuanya akan berbalik dgn iman.. pembangunan iman.. Iman yg sakit tdk akan terusik dgn apa yg berlaku di palestina.. Iman yg sakit tdk akan tersentuh dgn isu umat islam kini.. Dan, iman yg sakit tdk akan mampu membuat perubahan!

    Moga lontaran yg akan dtg mdpt perolehan yg lebih membekas pd jiwa kita semua khasnya mereka yg gilakan hedonisme!

    P/S. Cdgn.. Mungkin kt kene wat forum.. tajuknya.. "Dah byk kali dah ceramah.. Tapi mengapa tdk berubah??"

    ReplyDelete
  2. salam juang kembali buat myikhwanfiideen. satu cadangan yang menarik tentang forum tu. akan difikirkan nanti, insya'ALLAH.

    ReplyDelete
  3. salam...tulisan yang menarik, terutama bab palestine itu, itulah hakikat yg berlaku...bila berforum berdegar2...khaibar2 ya yahud! jaisyu Muhammad saufa ya'ud!

    tapi tamat saja program p dinner kat McD...mana clapnya?...kena muhasabah balik...ingatan buat diri sendiri juga.

    ReplyDelete
  4. salam kembali buat ~ZuLhAiRi~..

    begitulah mentaliti masyarakat kita yang masih lemas dalam propaganda yahudi. mungkin setelah menimpa batang hidung sendiri baru bertatih hendak mencari tempat berpaut.

    dari sekaranglah kita harus melakukan segala usaha untuk menyedarkan masyarakat tentang ketenatan yang membarah ini.

    sama-sama muhasabah diri dan saling mengingatkan sahabat-sahabat di sekeliling. manusia mudah lupa...wallahu'alam.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com