SENARIO politik semasa yang mencetuskan kesan tsunami selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu hingga menyebabkan lima negeri jatuh kepada parti pembangkang turut mempengaruhi proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2008/2009.
Pengaruh politik setempat juga memberi ruang kepada pelajar menukar corak pengurusan universiti dengan memilih calon yang diyakini boleh membawa suara pelajar hingga ke peringkat tertinggi.
Pelajar meluahkan rasa ketidakpuasan mereka menerusi proses pengundian dalam pemilihan MPP. Walaupun barisan kabinet proaspirasi masih menguasai kebanyakan MPP, namun majoriti kerusi dimenangi pada sesi kali ini menunjukkan penurunan.
Proses penamaan calon dan mengundi bermula Oktober tahun lalu membabitkan 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan didahului Universiti Pendidikan Sultan Idris dan berakhir di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), minggu lalu.
Satu daripada 20 IPTA dimenangi barisan kabinet promahasiswa iaitu UIAM dengan memperoleh 19 daripada 24 kerusi yang dipertandingkan, manakala dua kerusi lagi dimenangi masing-masing satu calon bebas dan proaspirasi.
Keputusan bagi dua lagi kerusi iaitu Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu di kampus UIAM, di Kuantan yang terpaksa ditangguh sehingga 29 Januari lalu berikutan bantahan kerana berlaku kekeliruan pada identiti calon juga menyaksikan penguasaan promahasiswa.
Pada pemilihan kali ini juga, barisan promahasiswa hampir menguasai kabinet MPP Universiti Malaya (UM) apabila mereka memenangi 19 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Sebanyak 20 kerusi dimenangi proaspirasi dan dua lagi calon bebas.
Seperti tahun sebelumnya, proses pemilihan di universiti tertua itu berlaku kekecohan antaranya dakwaan wujud pengundi hantu hingga menyebabkan proses pengundian di Kolej Kediaman ke-12 terpaksa menjalani undian semula.
Kekecohan tahun ini tercetus berikutan tersebarnya fitnah mendakwa Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UM, Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris merasuah calon tertentu.
Begitu juga di Universiti Teknologi Malaysia, promahasiswa memenangi 10 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan iaitu meningkat 100 peratus berbanding lima kerusi pada sesi pemilihan sebelumnya.

Suasana politik di UKM juga sudah menampakkan aliran sama di mana 'suara mahasiswa' lebih nyaring tahun ini apabila memenangi 12 daripada 33 kerusi yang dipertandingkan termasuk tiga daripadanya dimenangi tanpa bertanding berbanding tahun sebelumnya (hanya empat kerusi).
Pada Oktober lalu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata semua IPTA diberi kebebasan menentukan tarikh pilihan raya kampus masing-masing bagi memilih ahli MPP sesi 2008/2009 berikutan kekangan termasuk pelajar berdepan minggu peperiksaan dan apungan (ulang kaji) yang menyebabkan pemilihan itu tidak dapat dijalankan serentak.
Namun ia (kuasa autonomi yang diberikan) tidak diikuti dengan membenarkan pelajar bertanding atas nama kepartian, jadi tidak timbul untuk pro atau menyebelahi sesetengah pihak dan sudah tentu gelaran 'calon bebas' langsung tidak wujud jika semua calon bertanding secara persendirian.
Namun, seperti sudah 'terbiasa' dengan pemilihan tahun sebelumnya serta tempias politik luar, pelajar IPTA tempatan tetap menjadikan pilihan raya kampus dengan membawa gelaran promahasiswa, proaspirasi atau calon bebas sebagai tradisi kepada calon yang bertanding.
Diminta mengulas mengenai kemerosotan majoriti kemenangan bagi pihak proaspirasi Idris ketika dihubungi baru-baru ini berkata, pihaknya yakin, perubahan itu disebabkan pelajar mahukan suara mereka lebih didengari ke peringkat tinggi.
Beliau berkata, pihaknya juga tidak menolak, kemenangan lebih banyak kerusi oleh wakil promahawiswa menunjukkan pelajar semakin matang dan mereka begitu berhati-hati membuat pilihan dan akan mengangkat wakil yang benar-benar layak memimpin.
Bagaimanapun, dia menolak dakwaan perubahan itu mempunyai kaitan dengan suasana politik masa kini kerana pemilihan pelajar dilakukan secara telus dan kemenangan yang diperoleh adalah atas dasar kebolehan pemimpin yang dipilih pengundi yang matang.
Wakil pelajar yang menang kata beliau perlu lebih yakin kerana kemenangan mereka bukan disebabkan sokongan mana-mana parti di luar sana. Ia adalah amanah daripada rakan seperjuangan mereka di kampus dan fakulti.
"Pemimpin pelajar perlu bijak kerana mereka dipilih untuk mewakili pelajar bukan masyarakat umum. Fokus perlu jelas dengan memberi tumpuan kepada kebajikan warga kampus."
"Diharapkan keadaan ini tidak disalah anggap hingga menjejaskan kewibawaan mereka yang sudah dipilih menerusi proses demokrasi," katanya.

Sumber: Berita Harian-02/02/09
0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com