Kalau dicongak, ditambah dan ditolak, begitu banyak duit yang kita laburkan untuk menyambut 1 Syawal yang diraikan sekali dalam setahun ini. Bonus daripada majikan setiap kali hari raya bakal menjelma seolah-olah sentiasa ditunggu oleh setiap pekerja. Jika suami tidak dapat bonus, berkerutlah muka si isteri kerana mungkin raya tahun ini langsir di tingkap tidak bertukar rupa. Lain pula kalau bonus nampak di depan mata, semua barang hendak dimiliki. Dari langsir tingkap hingga ke lampu raya, semua hendak ditukar baru. Seolah-olah tidak kisah langsung akan duit yang dibelanjakan asalkan dapat melawan jiran sebelah. Wahai hati-hati yang sering terlupa, ingatlah firman Allah dalam surah al-Israa' ayat 27 yang bermaksud:
"Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya."
Sesungguhnya perbuatan membazir itu samalah seperti mengikut langkah-langkah syaitan. Seharusnya kita membelanjakan wang yang ada dengan berfaedah. Beli apa yang perlu, bukan membeli semua yang kita mahu. Ibu-ibu dan ayah-ayah tentunya sudah boleh berfikir untuk masa depan anak-anak. Wang yang ada, daripada digunakan secara berlebih-lebihan, lebih baik disimpan untuk menjamin masa depan anak-anak. Kita sudah sedia maklum akan situasi sekarang di mana taraf hidup semakin meningkat dengan meningkatnya harga barang runcit. Mungkin wang itu nanti boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan anak-anak di menara gading. Firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 67 yang bermaksud:
"Mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tidak (terlalu) berlebih-lebihan dan tidak (pula terlalu) bakhil (kedekut); dan adalah (perbelanjaan yang baik itu) di antara kedua-duanya (boros dan bakhil)."
Oleh sekali lagi ingin ana ingatkan, berbelanjalah mengikut keperluan. Aidilfitri hendaklah disambut dengan penuh rasa syukur dan keikhlasan untuk saling bermaafan, bukan dengan niat untuk bersaing siapa lebih lawa dan siapa lebih cantik rumahnya. Akhir kata, mohon maaf andai ada silap dan salah dalam berbicara. Setiap yang baik itu datangnya dari ALLAH, yang buruk itu dari diri kita sendiri.
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran." (al-Asr: 2-3)

0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com