Salam. Sudah lama rasanya ana tak mengemaskini blog ni. Bukan kerana tiada buku yang telah habis dibaca, tetapi kerana kesenggangan waktu yang kurang untuk ana mengolah ayat bagi mengulas mana-mana buku yang telah ana baca. Kalau antum berkunjung ke blog ana yang lagi satu di http://sunahmohammad.asasian.net , antum boleh melihat apa yang telah ana kemaskini di situ. Kali ini, ana ingin berkongsi rasa setelah menyelami novel karya Khairyn Othman, Zahrah de Tigris yang diterbitkan oleh Jemari Seni Publishing. Novel berketebalan 501 muka surat ini mengisahkan tentang Khairunnisa, seorang anak kelahiran Malaysia yang menuntut di Mesir. Khairunnisa seorang gadis yang agak keras kepala; semakin dilarang, semakin tegar. Tidak peduli akan keselamatan dirinya, dia pasrah merantau seorang diri di kota peradaban yang kini dihujani peluru dan bom tentera Amerika. Di sana dia pernah menjadi seorang guru dan jurubahasa. Kepetahannya bertutur dalam bahasa ibunda Tanah Ratu memudahkannya memahami budaya masyarakat di situ. Khairunnisa turut berkerjasama sebagai sukarelawan yang membantu mangsa-mangsa perang. Melihat kesengsaraan dan kepahitan yang dialami rakyat Mesir hampir setiap hari telah membentuk dirinya menjadi insan yang cekal dan tabah biarpun hidup jauh daripada keluarga. Sepanjang menabur bakti itu juga, dia telah jatuh hati kepada seorang doktor bernama Patrick Devereux yang tidak percaya akan kewujudan Tuhan. Tanggungjawabnya agak besar untuk membantu Doktor Patrick memahami fitrah kejadian alam. Kehidupannya di Mesir terus berjalan sehinggalah pada suatu hari dia mendapat berita tentang penculikan seorang sahabat baiknya, Meryam Alexander Abdullah. Doktor Patrick telah membantu untuk menyelamatkan Meryam namun berita yang lain pula diterima oleh Khairunnisa apabila dia diberitahu akan penemuan mayat doktor tersebut di dalam kereta yang ditinggalkan oleh penculik-penculik Meryam. Harapannya untuk terus berjuang di bumi Mesir terpaksa dilupakan lalu dia membawa diri ke daerah lain. Ke mana agaknya Khairunnisa menyambung perjuangannya? Segalanya terjawab di dalam novel ini.
Menu Lunch By Adik Bongsu
1 hour ago
0 Comments
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com