Salam...Pasti ramai yang sudah begitu mengenali novel ini. Ayat-ayat Cinta hasil karya Habiburrahman El-Shirazy merupakan antara karya beliau yang terbaik dan mendapat tempat di hati para peminat novel Islamik, malah peminat novel cinta. Novel ini mengisahkan tentang seorang pemuda Indonesia bernama Fahri yang sedang menamatkan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir. Fahri seorang pemuda yang berlatar-belakangkan Islam, segala perlakuannya berlandaskan Islam. Tinggal bersama sahabat-sahabat Indonesianya yang lain di sebuah flat sederhana dan berjirankan keluarga Kristian Koptik banyak mengajar mereka erti kehidupan. Mereka belajar bagaimana memelihara diri di tempat orang, bagaimana berjimat-cermat ketika menuntut ilmu bukan di negara sendiri, bahkan belajar menjadi seorang muslimin yang sejati. Jauh dari keluarga tercinta tidak memutuskan harapan mereka untuk terus berjuang mempelajari ilmu yang diredhai ALLAH. Fahri antara yang baik agama dan peribadinya di kalangan sahabat-sahabatnya. Ketika dia berusaha untuk menyiapkan tesis, rezeki ALLAH menghampirinya apabila dia ditawarkan oleh guru qiraatnya untuk berkahwin. Calonnya seorang yang solehah, tetapi bukan pelajar Indonesia. Calonnya seorang gadis Turki kacukan German yang rupa-rupanya pernah ditemui oleh Fahri beberapa kali sebelumnya. Gadis yang bernama Aisha itu kenal pada Fahri sejak peristiwa di dalam komuter di mana beberapa pelancong asing dari Amerika diterjah oleh pemuda-pemuda Mesir kerana tidak berpuas hati dengan cara mereka berpakaian ditambah dengan rasa benci pada kekejaman yang dilakukan mereka. Aisha merupakan muslimah yang kaya dan sentiasa menggunakan hartanya di jalan ALLAH. Kemuliaan budi pekerti dan keindahan taqwa dalam dirinya menjadikan dia isteri yang solehah sebagaimana Khadijah kepada Rasulullah S.A.W. Ketabahannya diuji tatkala ujian ALLAH datang melanda sehingga hampir meragut nyawa suami tercinta kerana fitnah daripada orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya. Fahri sampai dipenjara kerana dituduh melakukan perkara yang tidak pernah dilakukannya, malah dia dibuang daripada Universiti al-Azhar. Akhirnya kemuliaan hati seorang lagi wanita dalam hidupnya menyelamatkan Fahri daripada tali gantung apabila gadis Kristian Koptik bernama Maria yang menjadi jirannya sebelum berumahtangga menjadi saksi utama dalam perbicaraan kes. Namun, terdapat pelbagai halangan sebelum mereka berjaya membuktikan Fahri tidak bersalah. Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang waktu itu menunjukkan kasih sayang ALLAH kepada hamba-hambaNYA yang bertaqwa dengan sepenuh hati kepadaNYA. Anugerah ALLAH kepada Fahri harus difikirkan oleh para pembaca dengan saksama, kerana tujuan novel ini sememangnya untuk membangunkan jiwa yang Islamik. Akhir kata, novel ini sangat menarik dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin mengenali CINTA HAKIKI. Kepada yang sudah menonton filemnya, anda akan terkejut kerana banyak yang berbeza di dalam novel ini. Apa-apapun, syabas Kang Abik atas hasil yang bermutu ini.
2 Comments
Assalamu'alaikum Wr. Wb
ReplyDeleteSalam kenal nie dari orang Indonesia. Ana setuju dengan pendapat ukhti tentang perbedaan antara novel dengan filmnya. Ana sempet punya rasa kecewa.
Wasalamu'alaikum Wr. Wb
salam ukhuwah fillah eka :)
ReplyDeletemmg berbeza novel dan filmnya..
byk yg kurg..
btmbh dgn rs x puas ht dgn pgaulan atra plakon2nya..tp nk buat gimana..
emangnya, nmnya udah plakon..
blakon aja..huhu
sm2 kita doakan agar plakon2nya mndpt pngajaran dr apa yg dilakonkan..
salam..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com