Assalamualaikum dan salam 19 Syawal.
Masya Allah. Penatnya hari ni. Pagi-pagi lagi saya dah keluar delivery, kemudian bertemu encik suami yang turun ke Johor Bahru semula dengan kawan-kawannya. Kami ada plan untuk bersua muka dengan para klien di Pasir Gudang dan Kulai. Sebelum pergi berjumpa klien, kami sempat singgah ke sebuah kafe yang sangat menarik perhatian kami.
Au8ust Cafe.
Sebutannya, August Cafe. Letaknya bersebelahan dengan Amphawa Boat Noodle, Pasar Karat, Johor Bahru. Masuk sahaja ke dalam kafe dua tingkat yang bertemakan daya tarikan lama ini, saya terpesona dengan konsep kafe yang sangat stylish dengan rekaan dalaman oleh salah seorang ownernya sendiri, Ar. Zaihan Md. Tahir. Di kalangan para arkitek dan peminat rekaan dalaman, pasti ada yang mengenali Ar. Zaihan yang merupakan salah seorang arkitek di bawah syarikat Arkitek ICB Sdn. Bhd. Jadi, tidak hairanlah kalau suasana di dalam kafe ini sangat menarik dan tersusun elok.
Di hadapan August Cafe, JB - sibukkk aje pakcik kat belakang tu kan |
Suasana di dalam August Cafe, JB |
Di sini boleh duduk minum kopi sambil mengintai orang di depan |
The cakes counter @ August Cafe, JB |
August Cafe menghidangkan pelbagai jenis minuman panas dan sejuk yang saya pasti menarik peminat kopi dan teh. Untuk dipadankan dengan kopi atau teh panas, pelbagai jenis kek turut disediakan. Hidangan makanan utama pula lebih kepada masakan barat dari kategori pasta, sandwich, salad dan tortilla. Bagi pelanggan yang hanya ingin mengisi perut dengan makanan ringan, french fries turut ada dalam pilihan menu di August Cafe.
Menu dan harga di August Cafe, JB - fokus pada DREAM part |
Aneka kek di August Cafe, JB |
Aneka teh di August Cafe, JB |
Ada juga special menu pada hari tertentu |
Rezeki kami pagi tadi dapat mencuba the new coffee in the list, Rose Latte. Yang ini masih belum ada dalam menu ya. Kalau nak try, boleh sebut Rose Latte semasa membuat order. Saya sukakan bau rose pada latte ni, harum semerbak sampai teringat-ingat bau dan rasanya walau lepas berjam-jam kami meninggalkan kafe. Uols kena cuba tau!
Haaa...tergoda tak tengok gambar-gambar kopi dan kek ni? Cantik tak? Welllll, mesti la cantik kan! Kita import photographer khas dari atas angin: Captain Jay Mohd. Email for booking ok. Ehhh!
Piccolo Latte & Red Velvet Cake - yang selalu habis @ August Cafe, JB |
Banana Walnut Cake & Rose Latte - two things to die for @ August Cafe, JB |
Iced Volrhano Chocolate & Iced Salted Cream Cheese Coffee - something unique @ August Coffee, JB |
Haaa...tergoda tak tengok gambar-gambar kopi dan kek ni? Cantik tak? Welllll, mesti la cantik kan! Kita import photographer khas dari atas angin: Captain Jay Mohd. Email for booking ok. Ehhh!
Wefie dengan owner cafe, Ar. Zaihan (paling kanan) and friends |
Ok, untuk uols yang suka lepak dengan kawan-kawan minum kopi sambil makan kek, boleh lah datang ke August Cafe ni!
Lokasi:
36, Jalan Tan Hiok Nee, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu perniagaan:
Sabtu - Khamis
10.30 a.m. - 7 p.m.
No. Telefon:
016-7279944
Facebook:
Instagram:
8 Comments
Amboiii.. Menarik sungguh la cafe ni.. Nak jugak rase kopi kat sini.
ReplyDeleteaduiii sedap kak eda...kena pergi tau!
Deletewoww,,santai2 kat sini best jugakk kannn..
ReplyDeletebest sangat ain! nanti jom kita lepak sini!
Deletenak try lah nanti..
ReplyDeleteEh eh, akk tgh draft entry August Cafe tau, dtg masa buka puasa hr tu
ReplyDeleteunik sangat cafe ni..")
ReplyDeletecantik dekorasi..makanan pon menarik
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com