Assalamualaikum dan selamat tengahari.
Malam tadi, housemate saya ada dinner sekolah. Dia ajak saya temankan. Dinnernya di restoran shell out area Johor Bahru. Bistro 60's Kitchen namanya. Baru pertama kali saya dengar. Dan kalau uols nak tahu, malam tadilah kali pertama juga saya makan shell out. Sebelum ni tak berani nak jejak pun sebab saya ada alahan pada udang dan ketam. Tapi malam tadi, saya redah aje. Kalau gatal nanti cari ubat. Gitulah.
Kami bertolak lepas Maghrib, konvoi 4 biji kereta sebab cikgu-cikgu lain tak tahu jalan. Dengan berpandukan saya punya waze, perjalanan mengambil masa 30 minit je dari rumah saya. Bistro 60's Kitchen ni letaknya dekat dengan Danga City Mall, tapi kena jalan terus melepasi mall tu, masuk ke Lebuhraya Tebrau.
Waze sampai korang jumpa papan tanda ni. Restoran ni sebelah landasan KTM je, wajib ada iklan keretapi lalu time makan |
Bila sampai, kami teruja tengok betapa cerianya restoran ni. Penuh dengan lampu dan berkonsepkan kabin kontena. Tak jauh beza rupa dia dengan restoran Jingga Lepakafe di Coklat Murah JB. Meja sangat banyak, gerai pun ada dalam tujuh jenis termasuk minuman dan shisha. Kat sini, kalau tak makan shell out atau makanan laut, ada pilihan nasi ayam penyet, nasi lemak, asam pedas, menu barat dan juga aneka mee.
Jadi, siapa yang alahan macam saya, boleh lah makan makanan lain kan?
Nasi ayam penyet pun ada @ Restoran Bistro 60's Kitchen, Johor Bahru |
Jadi, siapa yang alahan macam saya, boleh lah makan makanan lain kan?
Tapi, saya teruskan je niat nak makan shell out. Bila lagi nak rasa kan? Dah la orang belanja kan. Hahaha!
Menu shell outnya ada banyak kupang dan kerang. Ketam, lala, siput dan udang pun ada. Udangnya sikit je. Digaul bersama sayur brokoli, lobak dan jagung rebus. Masakannya yang kami makan semalam ada tiga jenis, masak kari, butter dan sambal. Saya suka masak kari dan butternya. Lala sangat sedap dengan tiga jenis masakan ni.
Air yang disediakan sekali dengan pakej shellout adalah air teh lemon ais dalam balang silinder yang tinggi. Nak ambil air, bangun je sendiri ambil dalam cawan yang disediakan. Macam mana la agaknya staff dia masukkan air dalam tu ya? Kena datang awal sepatutnya untuk tengok operasi menuang ais dan air ke dalam bekas silinder tu. Hahaha!
Balang air teh ais lemon @ Restoran Bistro 60's Kitchen, Johor Bahru |
Pakej Shell Out @ Restoran Bistro 60's Kitchen, Johor Bahru |
Kami disajikan dengan muzik dari orang yang nyanyi lagu karaoke kat situ. Bingit telinga. Hahaha! Cikgu sekolah housemate saya siap minta diorang berhenti nyanyi. XD
Lepas makan, cikgu-cikgunya ada sedikit penyampaian cenderahati dan pertukaran hadiah. Best jugak buat aktiviti macam ni dekat restoran ni. Kawasannya yang lapang dan luas sangat sesuai untuk apa-apa event. Kami perasan, tingkat atasnya ada bilik khas untuk jamuan hari jadi sebab ada belon-belon kat dalam kabin tu.
Restoran Bistro 60's Kitchen @ Restoran Bistro 60's Kitchen, Johor Bahru |
Lepas makan, kita wefie dulu @ Restoran Bistro 60's Kitchen, Johor Bahru |
Ha, kalau uols nak sambut birthday atau buat jamuan perpisahan sambil bershell out, boleh lah datang ke sini ya!
Kredit gambar: FB Page Bistro 60's Kitchen |
Alamat: Lot 81, 2-2A, Jalan Wadihana, Kg. Wadihana, 60300 Johor Bahru
No. Telefon: 012-234 5337
Facebook: Bistro 60's Kitchen
5 Comments
Wahh.. meriah tempat makan ni ye sunah..
ReplyDeleteadoi.... nape tak ajak.... hihihih
ReplyDeletetengok tu berderet ketam.suka shell out sebab sedap.
ReplyDeleteJanji Kita
menarik ni sunah..akak suka shell out hehe..kat gelang patah ni port shell out feveret akak dah tutup..padahal sedap gila..
ReplyDeleteWowww menarik betul balang air dia tu..
ReplyDeleteAda juga kawan Sis kata sedap makan kat sini, cuma belum pergi try je laaa...Nanti nak pergi laaaa
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com