Ticker

6/recent/ticker-posts

Satu Ketika Dalam Detik Waktu


A moment in time by *mebilia on deviantART

"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan, akan datang Allah yang menentukan..."

Dalam detik masa yang berlalu
Ada saat yang sepatutnya berharga
Ada ketika yang sepatutnya bernilai
Ada waktu yang sepatutnya bermakna

Namun lumrah sebagai manusia
 Kadang-kadang jiwa dilanda alpa
Hingga ada masa yang terbuang
Lantas ada perkara yang terabai

 Menoleh semula ke belakang
Sudah tidak mungkin lagi
Masa yang telah pergi
Biarkan ia berlalu
Masa yang sedang dilalui
Isilah dengan sebaiknya
Masa yang akan datang
Rancanglah dengan seeloknya

Moga kelak tiada kesal
Hatimu jua yang terisi indah...

P/S: Masa untuk tidur.

Post a Comment

14 Comments

  1. selamat malam angah...

    p/s:yg ke-2000 siapa lah tue....

    ReplyDelete
  2. bicaramu sungguh bermakna

    merentas minda kala malam menjelma

    harus ku tidur rehatkan minda

    agar rencana esok teratur hendaknya

    ReplyDelete
  3. selamat malam.

    semoga mimpi indah, dan nyenyak :)

    ReplyDelete
  4. insyaAllah,,











    *nite angah,,qiyam nati doakan along dan semua :)

    ReplyDelete
  5. msa akn terus berlalu =.='
    jgn biarkan "masa" utk tidur itu mencemburui blog hehe.. gud nite!!

    ReplyDelete
  6. yes! dpat jugak komen kat sini..
    haha.cari masa^^
    rindu kt blog akak.. hum
    buah tangan sblum tidur ni sgt manis..
    gudnite yea akak. salam.

    ReplyDelete
  7. benda yg paling jauh dr kita ialah masa lalu.. betul, sbb bila masa tu dh berlalu, kita mmg xbleh nk ulanginya.. T_T

    ReplyDelete
  8. wahhhhh...akak..
    selamat malam..^^,

    ReplyDelete
  9. take d lesson from the past to move foward nicely ^__^

    ReplyDelete
  10. menoleh kebelakang sekadar untuk mengutip sisa kenangan ..

    pandang kedepan untuk melangkah,...


    good nite sunah..

    ReplyDelete
  11. as salam..
    selamat pagi~

    quote masa yang menarik.
    pakcik suka ;)


    menoleh semula ke belakang..itukan lumrah bagi mereka yang ingin terus mengekalkan kekuatan hati dan ilmu?

    kita memerlukan kekuatan masa lalu demi tindakan kita untuk masa kini dan masa depan.

    berkata 'menoleh semula ke belakang,sudah tidak mungkin lagi, ibarat melepaskan pergi kekuatan yang boleh dijadikan sumber rohaniah

    ambil contoh kisah albert eistein. beliau ketika kecilnya melalui hari-hari kegagalan dalam pelajaran yang kurang bernasib baik.

    oleh kerana didorong oleh minat dan inspirasi ilmu berfikir ketika 'menjadi seorang yang gagal' dulu, beliau berjaya.

    masih ramai lagi..alim ulama' yang mengecapi nikmat kejayaan demi agama dan redha-Nya.

    seperti pakcik, apa yang telah berlaku dulu, pakcik jadikan panduan untuk terus memeperbaiki diri. mana2 bahagian dalam diri pakcik di masa lalu yang pernah menjadi sebahagian daripada kekuatan pakcik untuk maju dalam diri, pakcik ambil. memperkukuhkan lagi keyakinan dan tekad

    hanya mereka yang mengambil kira 'menoleh semula ke belakang, sudah tidak mungkin lagi, demi seungkap perasaan dan emosi, akan mengalami kegagalan.kita tak berapa memerlukan emosi dan perasaan untuk maju.

    melainkan itu adalah anugerah dan ketentuan-Nya melalui kedua-dua sumber tersebut.wallahua'lam

    pakcik percaya apa yang pernah berlaku ketika di belakang itu, adalah sebahagian dari sandaran-Nya untuk menegur dan mengingatkan kita akan janji Roh,yang kita ungkapkan kepada-Nya. cuma terulang kepada kita samada sedar atau sekadar melepaskan batuk ditangga.

    percaya akan apa yang tersurat dan tersirat setiap sandaran-Nya yang berlaku itu, itulah kekuatan kita umat Islam.umat Nabi Muhammad S.A.W.

    ambil contoh perang uhud. fikirkan apa yang tersurat dan yang tersirat, dengan kehidupan kita pada masa kini.apa yang pernah kita lakukan, apa yang pernah kita atasi, apa yang pernah menjadi halangan.

    fikirkan di bahagian mana yang boleh kita jadikan ikhtibar dan pegangan atas masa lalu itu.

    jika sunah jumpa, itulah kunci bagi membidas 'menoleh semula ke belakang,sudah tidak mungkin lagi'

    jika tidak, teruskan mencari selagi masih diberi oleh masa oleh-Nya.

    dan ambil juga contoh..
    kenapa kita umat Islam, gagal oleh hanya seorang pembelot agama..yang meruntuhkan sistem khalifah yang terakhir..

    disitu juga ada kunci jawapan kepada keseluruhan 'satu ketika dalam detik waktu

    insya'Allah..
    usaha dan terus usaha.
    Sekadar pendapat. pendapat kita mungkin berbeza berdasarkan pengalaman, keperluan dan kehendak.

    tiada yang mustahil dalam qada dan qadar.wallahua'lam.

    =)

    sunah mampu mengatasinya ;)

    ameen..

    ReplyDelete
  12. tidur tu nikmat ALLAH... jgn sia-siakan. tapi kalau terlebih tidur kufur nikmat nama nye...hehehe...dah pagi... good morning...hehe

    -Yok mampir diluk = ”siapa mak ayah saya”...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com