Ticker

6/recent/ticker-posts

Lepas Merah, Pasti Akan Hijau!


Sky Traffic by ~GulaV on deviantART

Kuning. Sebelum garis putih.

Dah nak merah, tak boleh ke berhenti je? Nak jugak kejar kete depan, "Eh, dia boleh, aku pun boleh!" Kerana dia boleh, maka kamu pun membolehkan jugak diri kamu, tanpa peduli ada lori treler besar datang dari arah bertentangan. Akhirnya, dalam berita terkini, "Penunggang motorsikal maut digilis treler!" Ape dia...? Penunggang motorsikal je bahaya camtu? Eiks, kamu yang bawak kete pun boleh saje terperosok bawah treler kalo nak sangat. Takpun, kamu yang bawak kete tu pulak membahayakan orang lain bila langgar lampu isyarat.

Peraturan jalan raya tu bukan saje-saje nak susahkan kita, tapi semuanya disusun macam tu bersebab. Nak tunggu lampu merah tu takde lah sampai sejam pun. Sabar... Kalo masa belajar boleh bersabar tunggu kemunculan lampu hijau, kenapa masa dah pandai bawak, takleh pulak? Bukannye lampu merah tu tak akan bertukar kepada hijau, kannn? Tunggu punya tunggu, insya'Allah akan hijau punyeeee... Itu janji lampu isyarat, lepas merah, pasti akan hijau!

Sama jugak macam janji Allah. Kita da meminta-minta pada Dia untuk dapatkan sesuatu, tapi tak semua yang kita minta tu dimakbulkan dengan kadar segera. Kalo yang jenis kurang sabar, mulalah melanggar peraturan Allah, meminta pada yang selainNya. Jatuh syirik ke atas kamu bila buat macam tu! Naudzubillah. Dia bagi lambat sikit sebab nak tengok kamu ni betul-betul bersungguh ke tak pada apa yang kamu minta tu, walaupun Dia memang Maha Mengetahui akan isi hati hambaNya. Kalo Dia tak bagi sekarang, mungkin tak lama lagi, kan?

Janji Allah itu sentiasa benar, untuk hamba-hambaNya yang patuh dengan 'peraturan' hidup.

P/S: Dah undi SINI ngan SINI hari ni???

Post a Comment

12 Comments

  1. true! apa yg Allah tetapkan,semua bersebab
    bayangkn,tb2 kerajaan buat 1hari boleh langgar peraturan jalan,jadi apa agknya ya jln rye 2...
    hehe

    ReplyDelete
  2. betol tu akak manisssssssss hehehe like

    ReplyDelete
  3. pernah baca pasal doa..ada yang cepat tanda Allah sayang..ada yang lambat dimakbulkan sebab Allah nak uji kita :-) jadi kesimpulannya bersabar..macam fokus kat majalah solusi isu 31

    ReplyDelete
  4. sabarlah...lepas merah pasti hijau..

    :D

    ReplyDelete
  5. alamak.selalu gak langgar lmpu merah..,

    tapi malam jer la..=)


    * dah kawin kalau lampu merah lg la jgn langgar..haram..hahahaha

    ReplyDelete
  6. @Ujang9897

    ujangggggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!! hahahahahahhahahah!

    ReplyDelete
  7. dtg snggh sblom g penang


    hahahahha, sabar jela ujang ni -.-"

    ReplyDelete
  8. setuju sangat.. ehhmm..

    tak leh blah baca komen ujang tu.. ahahha...

    ReplyDelete
  9. atq sama macam ujang.. terlanggar lampu merah.. haha

    betul tue kak.. sama macam ujian lain la.. Allah nk tgk kita nie tahan tak dengan ujian yg die bagi pada kita

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com