Hujan di luar semakin lebat. Lilin yang menyala di beranda itu meliang-liuk ditiup angin. Kadang-kadang ke kiri, kadang-kadang ke kanan. Bila angin bertiup kuat sikit, lilin itu semakin malap, hampir-hampir sahaja terpadam. Tetapi belum masanya lagi untuk lilin itu terpadam...ada lagi sisa tubuh lilin yang tinggal. Maka, lilin ingin terus menyala...tiba-tiba, satu percik air hujan terkena lilin, biar panjang lagi sisa tubuh lilin, nyalaannya tidak mampu lagi untuk menyala. Ya, lilin terpadam...dengan sekelip mata percikan hujan sahaja.
Begitulah hayat kita, nyawa kita akan diambil kembali oleh Pencipta bila tiba masanya. Tidak kira bagaimana caranya, bila masanya, bila ajal telah sampai, malaikat suruhanNya tidak akan melengahkan waktu itu. Tidak akan dipercepatkan, dan tidak akan dilewatkan, melainkan pada masa yang telah ditetapkan olehNya.
Ada apa dengan kematian? Kita yang hidup di dunia ni, setiap detik masa yang kita lalui, pernahkah kita memikirkan yang kita juga akan mati? Atau kita hanya terus hidup tanpa bersedia untuk mati? Bukankah dengan mengingati mati itu akan semakin mendekatkan diri kita kepada DIA? Bila kita ingat mati, tentu kita tidak mensia-siakan sisa umur kita.
"Hari ini tanggal kelahiranku, semakin dekat sudah diriku dengan kematian!"
Berapa ramai yang berfikiran begitu?
Admin: Takziah kepada keluarga Kak Afzani atas kembalinya pak ngah ke rahmatullah. Moga almarhum ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang bertaqwa. Al-Fatihah. Ameen.
8 Comments
hppy besday...erm..thanks mengingatkan
ReplyDelete@Ujang9897
ReplyDeleteerr..ayat tu sebagai contoh..hari ni bukan besday saya la ujang..:)
kita mmg takut bila ingat mati, tp kita tak buat apa2 sebagai bekalan...thx untuk n3 ini...:)
ReplyDelete@Fiqas
ReplyDeleteiya..manusia kerap lupa...sama2 fiqas..:)
sbb tu bila besday org sy xkn wish, "semoga pjg umo"...tp wish, "semoga dikurniakan kesihatan yg berpanjangan.."
ReplyDeleteklu pjg umo tp sakit watpe kn..huhu~ =)
@YanaMIB
ReplyDelete:)
cnun ujan kak??ctok ujan jwak kak..huhu..sejok...
ReplyDeleteda la dr marek xda aek..mlm da kejap...mok mndik amik wuduk suma k aik ujan..sejok~~
@ieyba
ReplyDeleteujan juak..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com